Pindah

Pagi ni teman encik suami ke sekolah anak anak di Srida untuk jumpa pengetua sekolah. Sampai sekolah kami terus ke pejabat untuk ambik dokumen anak anak seperti surat berhenti sekolah, buku rekod kesihatan dan beberapa buku rekod peribadi yang lain. Janji dengan pengetua nak jumpa jam 9.30 pagi. Kami sampai dalam 9.25 macam tu. Jumpa kerani dan kerani maklumkan yang pengetua tiada. Berhuhuhu la saya ni... Sejenis yang dah buat janji untuk jumpa tiba tiba sampai waktunya tiada di tempat kejadian macam tak macho pulak kan... 

Suami nak jumpa sebab nak bincang berkenaan berhenti sekolah, tambahan tahun ni Aisyah upkk. Awalnya masa Whatsapp semalam kata agak susah urusan pindah pusat periksa semua. Kami faham je banyak perkara yang perlu buat tu. Mungkin sedikit renyah atau rumit? Tapi berpindah ini juga bukanlah kemahuan dan pilihan kami. Jadi ingat bila berdepan mana tahu boleh bincang solusi atau pemudah cara kalau betul susah untuk uruskan calon berpindah pusat periksa. 

Jadinya bila tak dapat jumpa berdepan, kerani minta kami ke Pejabat Agama terus ke bahagian pendidikan. Okaylah, kami pun teruslah ke Pejabat Agama. Lebih kurang 10 minit kami sampai terus ke tempat tujuan. Ingatkan bila sampai tu terus dapat buat urusan. Rupanya kami kena pusing keliling cari pintu masuk. Aduhai.... Sabar je lah.


Macam biasa, bila kita ni sejenis ikut peraturan jadi kita akan ikut tanda arah yang ditunjuk nak ke mana dan ke mana. Cari punya cari takda. Lepas 10 minit pusing mencari suami pun masuk pejabat Agama bahagian nikah kahwin. Oh, rupanya kena masuk melalui pintu yang ada di dalam pejabat tu. Maksudnya kena staff la yang telan butang pintu tu untuk kami masuk.

Mulut saya ni dah mengomel itu ini. Patutnya tulislah sesuatu atau letakkan makluman bagi urusan berkaitan pendidikan boleh maklumkan kepada kami kerana pintu masuk utama masih dalam pembinaan. Encik suami biasalah dia memang ambil pendekatan bertenang je sebab tahu dah saya akan berbunyi.




Comments