Friday 22 June 2012

KAMI DI ISTANBUL (1)

Untuk entry kali ni saya nak share pengalaman saya belajar di Turki. Saya ke sana pada tahun 1995, merupakan group ke-2 selepas 5 orang kakak senior yang telah berlepas pada tahun sebelumnya (1994). Sekolah kami betul-betul area tengah bandar di Istanbul.


Gambar bangunan 7 tingkat inilah sekolah kami. 3 tingkat dari atas iaitu tingkat 5, 6 dan 7 merupakan asrama kami. Manakala kelas pula dimuatkan di tingkat 2, 3 dan 4. Tingkat 1 kawasan pejabat guru-guru, kantin dan bilik sakit. Aras bawah sekali pejabat-pejabat untuk urusan luar dan bilik tetamu. Dewan makan dan ruang solat pula berada di aras bawah tanah. Sekolah ni juga lengkap dengan padang untuk pelajar beriadhah yang terletak di bahagian belakang bangunan sekolah.

Sekolah ni khas untuk pelajar perempuan sahaja. Hanya kami group minoriti pelajar asing seramai 15 orang pelajar Malaysia.

Group saya pula seramai 10 orang dari 3 buah sekolah yang berbeza. Alhamdulilah walaupun pada mulanya kami memang saling tidak mengenali, tapi akhirnya kami seperti adik beradik yang saling memerlukan. Gaduh-gaduh sikit tu biasalahkan..hihi...


Gambar ni masa saya dan kawan-kawan dalam kelas kelancaran Quran. Memang masa tu saya sendiri tak dapat bayangkan Turki tu jauh.

Cikgu yang mengajar kami ni namanya Muzeyyen. Cikgu ni garang sangat masa mula-mula kami kenal dia. Kalau dalam kelas Quran, kami baca salah sikit muka dah merah padam nak marah. Memang kecut perut, jantung pun macam nak jatuh. Dahlah masa mula-mula tu kami sendiri tak faham dia nak ajar apa. Mana taknya, kita cakap melayu dia cakap bahasa Turki..nak speaking arab or english dia tak reti..


Gambar yang ketiga ni pulak gambar masa kami dalam kelas hafazan Quran @ 'HAFIZLIK SINIFI'. Really, saya sangat-sangat rindukan suasana ni. Adakalanya kami mengambil kesempatan untuk tidur akibat keletihan bila cikgu keluar dari kelas. Mana tak letih...dari pagi lepas subuh dah kena masuk kelas, nanti lepas isyak baru boleh naik tidur. Masa rehat tu memang ada, tapi time makan dan solat je lah. Jadi bila ada yang nak tidur, wajib kena ada sorang jadi jaga atau 'pemerhati pintu'... hihi... Karang kalau tetiba cikgu datang sempatlah kejut kawan-kawan yang tidur... (sori yer cikgu, kami buat nakal belakang cikgu..)

~bersambung di entry akan datang.....

No comments:

Post a Comment