Tanggal 22 April 2015 saya menerima berita kelahiran baru daripada seorang sahabat baik. Perasaan saya sangat teruja. Tiba-tiba satu persatu kenangan bersamanya terlintas dalam fikiran. Mana mungkin akan berulang semula saat itu. Dialah teman gembira, sedih, teman bergaduh, teman menangis, teman belajar, teman yang menemani ke taman makan bersama....
Sekarang dia sudah bergelar ibu kepada puterinya. Sejak pulang dari Syria kami masing-masing sudah ada haluan sendiri tapi punya satu matlamat yang sama, 'mendidik anak bangsa berjaya dunia akhirat'. Dia mengajar di pantai Timur di sekolah lamanya, sedang saya sejak pulang ke Malaysia sudah empat tempat saya mengajar.
Teringat semasa menghadiri majlis walimahnya di Terengganu, dia akan perkenalkan saya sebagai kakak angkatnya kepada tetamu yang hadir. Saya hanya tersenyum, memang jenis tidak banyak bicara. Lebih senang mendengar dan memerhati. Sayangnya saya tidak dapat lama di majlisnya, faktor kekangan masa dan adik pula sebagai driver yang bertanggung jawab perlu berkejar untuk urusan seterusnya.
Jujurnya... hati saya terasa ada satu dua perasaan yang sedang bercampur baur. Gembira dan sedih bergabung. Saat bersalaman ingin pulang saya tidak dapat menahan lagi air mata. Hampir 2 tahun lebih tidak bertemu, dialah yang rajin hubungi saya tanya khabar, okay ke tidak, apa cerita saya...
Alhamdulillah kini dia sudah punya status sebagai isteri dan ibu. Walau tidak selalu bertemu, doa saya semoga dirimu beroleh keberkatan hidup hidup dan kebahagiaan dunia akhirat. Terima kasih buat dirimu yang tidak pernah saya lupa. Saat jatuh bangun bersama dan memori yang kita pernah kita cipta bersama takkan luput dari ingatan.
Hana Zulaikha binti Ahmad Syahidi... semoga kehadiranmu ke dunia penjadi penyeri dan penyejuk mata buat kedua orang tuamu. Bakal menjadi muslimah solehah yang menggegar dunia.
Doakan saya dipermudahkan segala urusan dan menyusul selepas ini....

No comments:
Post a Comment