Hujung minggu lepas saya sengaja memilih untuk pulang ke rumah menggunakan komuter. Dari stesen Kuala Kubu Baru sampai ke stesen Bank Negara makan masa selama 1 jam. Saya perlu turun ke stesen tersebut untuk pertukaran LRT Star menuju ke destinasi terakhir saya iaitu stesen Ampang.
Allah! macam mana boleh tak perasan saya dah sampai di Bank Negara. Bila komuter dah tutup pintu baru saya sedar saya dah terlepas. Jadi saya perlu turun di stesen berikutnya di stesen Kuala Lumpur untuk berpatah semula ke stesen Bank Negara. Sekian lama saya tak naik turun kenderaan awam di Malaysia memang terasa sangat kekok dan janggal.
Setibanya di stesen Kuala Lumpur, saya dah pening. Alamak, mana satu pulak tren yang boleh saya naik ni... itulah yang terdetik dalam hati saya. Saya pun mencari map untuk mengetahui lebih lanjut perjalanan seterusnya. Alhamdulillah...nasib baik ada. Saya perlu berada di platform 2. Saya pun duduk di tempat yang disediakan. Disebelah saya ada seorang pakcik berbangsa Cina. 'Awak mahu pergi mana?' pakcik tu tanya saya. 'Saya nak patah balik ke Bank Negara' dalam masa yang sama kebetulan ada komuter sampai dan berhenti jauh dari tempat saya duduk. Dalam hati saya, kenapa pulak jauh sangat komuter ni stop...aduhai.. Rupanya memang ada 2 tempat komuter ni akan stop, satu ke Batu Caves dan satu lagi ke Rawang. Adui..terlepas lagi saya kali ni. Nak tunggu komuter ni sampai dah lah lama. Pakcik cina tu pun bagitahu dekat saya, 'eh, awak boleh naik komuter tu, sebab awak nak ke Bank Negara je'. 'Takpelah pakcik, saya tunggu jelah komuter yang lain'. Dalam hati saya berbisik, 'kalau saya tahu boleh sampai Bank Negara memang saya duduk awal-awal di perantaraan dua komuter yang akan berhenti, tapi tak pelah, mungkin ada hikmahnya..sabar je lah sikit walaupun saya sebenarnya dah penat sangat. Maklumlah dah lama saya tak ke sana ke mari menggunakan kenderaan awam.
Dalam tempoh menunggu, di platform 1 juga ramai orang yang sedang menunggu komuter. Tak lama kemudian sampai komuter yang baru di platform tersebut (yang ada 6 koc). Teruja sekejap saya tengok komuter yang baru ni, cantik, panjang sikit dari yang lama..bestnya kalau dapat naik komuter yang baru, bisik hati saya. Selang beberapa minit komuter di platform saya pun sampai. Allah! komuter baru la... Rasa macam tak percaya. Berbaloi 30 minit saya menunggu. Dapat juga rasa nak naik komuter baru walaupun sekejap. Dah lama teringin nak naik...
Setiba saya di stesen Bank Negara, saya terus bergegas untuk ke stesen LRT Star. Saya perlu melalui jejantas yang telah disediakan. Di pertengahan jalan saya nampak kelibat seseorang saya kenali... Allah, Allah... saya terkejut lagi. Teman yang sekian lama saya tidak dengar khabarnya, Baru 2 hari sebelum tu saya bersembang dengan rakan yang lain bertanya tentang dia. Memang tak sangka, saya memang selalu bertanyakan tentang dia kepada beberapa rakan lain setelah hampir 7 tahun tidak bertemu. Pertemuan sesingkat itu hanya sempat bertanya khabar dan dia akan flight ke Sabah jam 3 petang kurang lagi 2 jam sahaja dari waktu kami bertemu.
Ya Allah.. Mungkin inilah yang dikatakan Hikmah Sabar. Mula-mula sekali saya terlajak satu stesen, kemudian saya terlepas satu tren dan Allah kabulkan hajat saya untuk naik tren yang baru, lepas tu terjumpa dengan teman yang dah lama saya tercari-cari..(best student yang sangat low-profile).
Alhamdulillah...walaupun penat tapi saya puas. Hakikat kehidupan, mungkin boleh kita katakan ianya satu kebetulan tapi kebetulan itu juga takkan terjadi tanpa aturan dari Dia, Sang Pencipta Yang Maha Agung. Sepanjang perjalanan, saya terus bermuhasabah, mungkin kalau saya tiba lebih awal di stesen Bank Negara tanpa terlajak sehingga ke stesen berikutnya, kemudian perlu menunggu selama 30 minit, saya mungkin tak dapat terserempak dengan teman lama saya.
Inilah yang dikatakan sebaik-baik perancang datang daripada Allah. Terubat rindu walaupun dapat bersua hanya seketika... Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau lebih mengetahui segala-galanya....
mode: rindu ikatan UKHUWAH bersama kalian!!!
No comments:
Post a Comment