Dah lama sangat tidak menulis..
Banyak cerita dalam tempoh setengah tahun ini. Yang pasti suka dan duka terus menghiasi kehidupan.. Saat terasa diri diuji, hanya DIA yang lebih tahu segala yang tersirat. Saat ini juga benar2 rasa tercabar dengan diri sendiri. Mana tidaknya, selalu memberi kata2 semangat kepada anak didik yang seperti hilang motivasi, bila terkena batang hidung sendiri peritnya rasa seperti tidak tertanggung.
Sungguh, saya tidak pernah berjumpa sikap yang seperti ini. Baru saya faham kenapa sebahagian orang lain di luar sana akan menjauhkan diri andai sikap2 ini tidak dibaiki. Bukanlah saya seorang yang terbaik atau sempurna segalanya tetapi sekurang2nya apa yang terjadi ini membuatkan saya lebih berhati2 dan tahu di mana kesilapan saya.
sekadar kata2 nasihat dari Prof. Dr. Muhaya..
" Kata Prof Dr Muhaya,masalah diatasi dgn ilmu.Bila ada ilmu masalah selesai,bila masalah semakin banyak maka perbanyakkanlah juga ilmu nescaya,masalah dgn sendirinya terhapus.
Oleh itu hiasilah sebanyak yg mungkin kalam-kalam pembangkit semangat.Kata2 nasihat,dan ayat pembangun diri disamping kekuatan diri yg kamu ambil dari ayat suci al-quran".
"Jika tidak banyak jgn tinggal yg sedikit".
"Dengar dan amal pasti senyuman indah terlahir di bibir anda"....InsyaAllah
Terus menerus saya mencari sesuatu untuk bangkit kembali. Dengan kepercayaan, setiap apa pun yang berlaku adalah dengan izin-Nya. Pasti dan pasti ada sesuatu juga yang DIA ingin ajarkan kepada saya.
Bila saya mahu menjadi seorang yang penyabar, maka di sinilah cerita yang Allah cipta untuk saya dengan menguji sejauh mana saya mampu bersabar dalam berhadapan dengan kerenah2 yang saya sendiri tidak pernah duga.
Bila saya selalu push diri untuk selalu positif dan bersangka baik, Allah letakkan saya dalam suasana yang bertentangan dengan apa yang saya mahu.
Semoga ujian ini lebih mematangkan kehidupan saya dan saya wajib percaya semua ini berlaku dengan ketentuan-Nya agar saya dapat mengambil pengajaran.
Apapun...terima Kasih Allah kerana dengan ujian ini saya tahu apa yang perlu saya perbetulkan.
Hakikatnya, beberapa pengajaran yang dapat saya simpulkan, antaranya:
1) belajar mendengar, memahami dan menjiwai.
2) jangan mudah percaya dengan berita2 yang kita sendiri belum pasti.
3) bertanya sebelum membuat andaian yang jauh menyimpang dan salah.
4) bersangka baik selalu.
5) teruskan BERDOA + SABAR + BERGANTUNG HARAP DENGANNYA.
6) belajar untuk tidak terus saling menyalahkan malah perbetulkan kerana fitrah manusia tidak pernah sempurna.
Yang sudah itu sudahlah... Biarkan berlalu. Yang baik ambil sebagai contoh teladan, yang tidak baik sebagai pengajaran. Walau mungkin saya berhak untuk membalas, memaafkan itu lebih baik. Walau mungkin saya punya alasan dan sebab untuk pertahankan kebenaran, cukup-cukuplah kerana saya sendiri lebih senang berdiam diri dari terus 'berhujjah' dengan sikap yang asyik menyalahkan...
Terima kasih atas teguran dan 'tengkingan'. Biarlah ini yang pertama dan terakhir bekal sepanjang zaman.
Terima ksih Allah kerana anugerahkan saya umi dan abah yang tidak jemu menasihati.
BANGKIT!!!
No comments:
Post a Comment