Monday, 1 April 2013

KAMI DI ISTANBUL (4)

Assalamualaikum... ('',)
salam ceria dan positif selalu...

Untuk entry kali ni, saya nak sambung cerita tentang kami di Istanbul (samb. dari entry sblum ini). Lamanya nak tunggu boleh sambung cerita huhuhu.....

 
Seperti yg pernah saya sebutkan pada entry sebelum ini, saya akan post rekod hafalan harian kami di sana. Inilah dia...cuma yg ini rekod ulangan selepas saya dah khatam. Setiap kali lepas tasmik memang wajib ambil t.tgn guru yg tasmik, tarikh dan juzuk yg kita tasmik. Kalau tak dapat tasmik mesti bersebab. Contohnya macam rekod di atas ni... ada tulis sakit, Docter, revir-revir-revir.. maknanya masa tu saya tak sihatlaa... REVIR bahasa turki masudnya bilik sakit. Kalau tak tasmik sebab tak lancar atau memang tak habis lagi 'ders'.. jawabnya akan di tanda dengan pen warna hijau dengan tanda ini (-)... tapi ada sesetengah cikgu tak tanda pun dengan pen hijau contohnya macam rekod hafalan saya di bawah ni...






Kami memang duduk dalam kelas sepenuh masa kecuali malam habis kelas waktu tidur sampaila bangun subuh esok. Tumpuan pun 90% untuk quran, selebihnya solat, makan, riadhah petang sikit... cuti panjang pun bila cuti hari raya.


maaflah, gambar kabur...hihihi... tapi inilah gambaran kami di dalam kelas hafalan. Kalau tak silap ini masa musim panas. Seperti yang tercacat tarikh pada gambar 2/7/96... bulan Julai dah nak masuk musim panas. tu yang boleh bukak tingkap. Cuaca masa ni memang best sebab angin kuat. panas pun tak panas sangat macam malaysia. Pelajar yang tinggal waktu ni hanya pelajar HAFIZLIK sahaja sampailah persekolahan sesi baru yang akan buka sekitar akhir September atau awal Oktober.

Musim panas rata2 di negara yang mempunyai 4 musim, sesi persekolahan akan bermula pada bulan Oktober dan berakhir bulan Jun (bergantung atas sekolah) dan mereka kan bercuti pada musim panas. Sebab ada sesetengah negara, bila panas memang panas malah lebih panas dari Malaysia tapi panas kering. Tak mandi tiap2 hari pun tak berbau. Berbeza di Malaysia, bila panas akan cepat berpeluh dan rasa melekit. Kalau tak mandi memang sangat tak selesa. Tapi apa pun kembali kepada individu jugak.. Sepanjang saya dan rakan2 berada di sana, musim panas pun mandi seminggu sekali atau dua kali. Memang tak sempatla kalau nak buat rajin mandi tiap2 hari pagi dan petang. Itu pun ada jugak kami terpaksa curi2 masa mandi disebabkan 'kenakalan' kami pada waktu itu... maklumlah, kecik lagi =)

inilah wajah2 rakan Turki kami yang sangat sporting dan murah hati

antara gambar kenangan di musim sejuk yg bersalji...


hmmm... rasanya cukup dulu setakat ini. Insya-Allah saya akan sambung lagi kisah kami di Istanbul pada entry akan datang. babai~ =)


No comments:

Post a Comment