Salam ceria =)
Entry kali ini adalah sambungan dari entry 'Kami di Istanbul (4)'. Kalau sebelum ni saya ada post beberapa gambar yang berkaitan dengan rekod hafalan dan gambar suasana kami di dalam kelas. Kali ni saya akan tunjukkan sekitar gambar majlis khatam. Dah jadi adat, setiap tahun memang akan diadakan majlis khatam bagi pelajar2 yang telah khatam sahaja..kenapa saya gunakan ayat bagi pelajar yang telah khatam sahaja? sebab ada jugak sebahagian pusat tahfiz yang memberi kelonggaran bagi pelajar yang masih belum khatam untuk mengambil bahagian dalam majlis seumpama ini dengan syarat2 tertentu atau mungkin individu tersebut dah nak khatam, ada lagi sikit sahaja yg perlu dihabiskan tapi tak sempat atau pun dah masukkan nama utk menyertai tp tak dapat jugak khatam.. biarlah,apa pun sebabnya, tidaklah penting. yang penting majlis kami di sana......hehe =)
gambar ni adalah sebahagian daripada peristiwa majlis. Kira dah tengah2 majlis la.. sebelum kami naik ke atas pentas ni, kami semua termasuk rakan2 dari Turki akan berbaris dan berjalan dengan diiringi bacaan doa dan kami akan mengaminkan termasuk tetamu yang hadir juga akan mengaminkan doa tersebut. Bila dah naik pentas, cikgu/mc majlis akan berucap itu ini, macam biasalah majlis memang akan ada ucapan... lepas pada tu bila tiba giliran kami, setiap seorang akan memperkenalkan diri, asal dari mana dan beritahu tempoh tamat hafalan. Rata2 kebanyakan pelajar dapat tamatkan dalam tempoh setahun ke setahun setengah. Mana2 pelajar yang dapat tamatkan hafalan dalam tempoh 6 bulan dan kurang daripada itu akan dapat anugerah khas. Batch kami ada seorang pelajar Turki.. Budak ni memang Allah bagi anugerah yang istimewa. Sekejap je boleh dapat hafalan. Dia pun memang sangat relax dan baik hati... namanya Emine.
Ini pulak gambar lepas dah habis majlis..huhu..alamak! ada orang conteng gambarlah, hmm..siapalah yg conteng gambar tu kan? =) kalau tak silap, tak semua ada dalam gambar ni.. gambar kenang-kenangan.. kadang2 rasa macam tak percaya pun ada. Kisah ini sebenarnya sudah berlalu lebih 10 tahun yg lalu... Masih ingatkah mereka kepada kami yang hanya menumpang kasih? =)
Tema warna baju untuk kali ini hijau. Sebenarnya bukan hijau ini yang kami pilih tapi tak tahu macam mana boleh dapat warna ni. Setiap tahun punya warna tema yang berbeza. Ada warna peach, oren.. semuanya bergantung atas perbincangan dan pilihan guru pada tahun tersebut.. Ceria ke warna ni? huhu =)
Eh, kenapa ada yang pakai sarung tangan? kalau tak silap gambar yang kedua ni majlis pada waktu malam dengan semua pelajar. Malam tu kami yang diraikan akan memamai inai. Sebab tu ada pakai sarung tangan...
Majlis bersama ibu bapa, pelajar2 lain tidak dibenarkan berada di dewan.
Allah...rindunya dengan mereka...
Semoga Allah pelihara mereka yg baik2 ini.
Semoga Allah pertemukan kami dengan mereka buat kali yg kedua terutama guru2 kami yang banyak membimbing kami.
Salam Rindu Buat GURU2 dan TEMAN2...

No comments:
Post a Comment