Tuesday 2 April 2013

KAMI DI ISTANBUL (6)

Assalamualaikum.... ('',)

Nak cerita apa lagi ye tentang kami di Istanbul?

gambar ni masa kami dan semua pelajar mengikuti program sekolah. budak2 Turki lain masing2 dah buat aktiviti masing2 mengikut kelas. Piknik dekat hutan...seronok sangat.. masa ni baru nak masuk musim panas. Cuaca masih lagi rasa dingin dan sejuk. Budak Turki yang ada di tepi kanan bersama kami tu namanya Kadriye.. yg tengah2 tu Cikgu Muzeyyen...guru kesayangan kami dunia akhirat =).

Pelajar Malaysia masa ni 15 orang, batch pertama dan kedua.. kira masa ni saya pun masih belum setahun lagi di sana.


gambar ni pulak masa cuti raya haji. tengoklah orang Turki yang bersama dengan kami, tu guru dari sekolah lain. Kebiasaannya bila cuti raya kami yang tak dapat pulang bercuti akan berkumpul di sekolah lain tapi masih berada di dalam satu cawangan yang sama dengan sekolah kami. Cikgu kesayangan kami balik kampung...huhu sedih kena tinggal =( tapi mereka tetap sangat baik hati dan melayan kami dengan baik..


gambar atas feri nak menuju ke kebun epal... nama tempat yang kami nak pergi tu Yalova... first time naik feri mabuk jugak mula2 tapi seronok tengok laut.. maklumlah nama pun first time, teruja lebih sikit...lagi2 bila nampak obor2 =)


Gambar kenangan dengan pokok epal.. memang seronok waktu ni. muka pun dah ada yang kepenatan, yang pergi waktu ni kami pelajar Malaysia sahaja. Cikgu bawak kami jalan2. Yelah, bukan senang nak keluar. Waktu cuti pun kami tak balik, dapat keluar dari sekolah pergi jalan2 memang satu nikmat yang amat sangat. Yang bestnya...kawan2 saya sampai panjat2 pokok epal ni. Epal hijau pun tak masam. Saya memang kurang makan epal, just tolong kutip jelah sebanyak mana yang boleh untuk bawak balik sekolah. 

Masa ni jugak ada dikalangan batch saya (batch ke-2) dah balik Malaysia. dah khatam awal baliklah kan? kan? batch yang pertama pun semua dah balik Malaysia. Inilah baki2 kami yang ada.

Hmm..perjalanan kami berapa lama dari sekolah ke Yalova ni saya dah tak ingat. Yang saya ingat kami bertolak pagi dan balik sekolah dah nak malam..huhu... Sayangnya...banyak kenangan yang saya dah lupa. gambar pun saya tak banyak simpan...

Okay, cukup dulu untuk kali ni. entry terakhir tentang kami di Istanbul insya-Allah ada masa lagi saya sambung yer.. =) babai~





No comments:

Post a Comment