Friday, 29 December 2017

SEHARI DI BURSA

24/11/2017 (Jumaat)

Sebelum cerita panjang lagi, kita share sikit tentang Bursa.

Kalau korang nak tahu, Bursa ni antara bandar ke 4 terbesar dan padat kat Turki, selepas Istanbul, Ankara dan Izmir. Bursa jugak merupakan salah satu kota perindustrian yang utama di Turki. Wow! patutlah ramai yang datang Turki kata rugi kalau tak dapat singgah ke Bursa.

Lepas tu pulak, Bursa antara bandar yang sarat dengan sejarah zaman kerajaan Uthmaniah. Kiranya Bursa jatuh tempat ke 2 selepas Istanbul dari sudut peninggalan khazanah seni dan warisan kerajaan Uthmaniah. Kota Bursa pernah menjadi ibukota pertama zaman kesultanan Uthmaniah dari tahun 1326 hingga 1365 sebelum berpindah ke Edirne.

Haish... Nampaknya nak kena banyak lagi kaji sejarah ni. Seronok bila dapat tau dan nak cerita kat orang pun rasa yakin gitu. Hehehe. Takdala terkulat kulat macam tak reti apa kan.

Okaylah, kita sambung cerita entry lepas....

Jam 2 pagi (waktu tempatan) baru saya dapat lelap mata. Tepat jam 4 pagi terjaga. Masa tu tak cuci muka apa terus cari plastik makanan yang beli semalam. Weh! Lapar kut... Subuh 6:30 baru masuk. Jadi saya dan 2 orang kawan sebilik sambung makan sampai habis. Mandi? Hehehh... Sejuk memang tak la nak mandi. Lagipun cuaca dingin. Setakat cuci kaki dan muka ja lah...

Alhamdulillah 'ala kulli hal....  Allah masih beri ruang untuk saya rasa syukur dan nikmati ruang ruang waktu yang berlalu.

Dah habis makan saya kemas apa yang patut. Kemas dan kemas. Walaupun ada housekeeping, takkan kita nak serah 100% untuk depa kemas bilik kita kan. Malu tu kena lebih. Benda kita boleh buat, kita buatla. Kurang kurang dah mudahkan kerja depa.

Selesai subuh, kami bersiap terus. Jam 7:00 sarapan *(kahvaltı). Yang bestnya tempat makan sebelah bilik ja. Sarapan sangat simple. Yang hantu keju, macam macam pilihan keju boleh pilih. Korang suka tak? Saya bukan tak suka tapi tersangatla suka. Hantu keju tapi tetap tak boleh obses sangat. Orang kata besederhana tu penting. Eceh!!! 😊 


Sarapan yang pihak hotel sediakan


Saya ambik yang ni je. 

Kenyang ke makan tu je? Alhmadulillah, kenyang sangat. Telur kan protien tinggi. Biasa saya makan 2 biji telur pun dah kenyang sampai tengahari. Ini tambah dengan keju, 3 keping tomato, sepotong roti... lagi triple kenyang yabedabedu hahahahah....

Actually bab makan ni bukan nak kenyang sangat. Yang penting bertenaga. Nanti nak berjalan jauh lagi. Kalau awal awal dah lesu, pancit memang tak syok nak berjalan. Tapi korang kalau nak travel musim sejuk ni tak perlu risau sangat penat ke apa, sebab udara sejuk tak berpeluh dan tak rasa cepat letih. Yang penting pakaian kena selesa dan sesuai dengan suhu terutamanya kasut.

Habis sarapan kami akan ke destinasi seterusnya. Ziarah sekitar bandar Bursa, antaranya Masjid Hijau *(Yeşil Cami), naik cable car *(teleferik) main salji atas bukit, ziarah makam keturunan keluarga Osmanlı (salasilah keluarga sebelum Sultan Muhammad al-Fatih) dan berjalan kawasan sekitarnya.

Oklah... Saya belanja gambar jelah ye.















Tak dapat nak beli jadi kita tangkap gambar kenang kenangan pun jadilah... Seramik asli buatan tangan. Masha Allah cantik sangat. Harga pun cantik tapi berbaloi. Yang saya beli kat sini alas meja, sejadah 2 helai, kecik  dan besar. Owner kedai bagi murah kat kami sebab dia kawan baik dengan tour guide kami. Rasa rugi kalau tak beli tu sebab hasil tenunan tangan asli memang dari Turki. Makna kata bukan made in Rusia atau made in China. Asli made in Turki ok. Alhamdulillah 'ala Kulli hal 😉



Tiket untuk naik cable car




Pemandangan dari dalam cable car 













Masa ni salji dah berhenti turun. Rezeki kami hanya dapat main salji. Lagi seronok kalau main salji masa salji tengah turun. Rasa syok, teruja tu hanya Allah ja tau. Takpalah, mungkin ada rezeki kita datang lagi. Bila tu? Hehehe

Lepas pada ni kami akan terus ke destinasi seterusnya. Iaitu ke Pamukkale. Wah! Tempat tu antara tempat yang memang saya nak pergi sangat sangat. Terutama kolam bertingkat tu. So excited!!! 😍


Hurm... Ok, kita sambung next entry ya. Santai santai ja 😉






No comments:

Post a Comment