Monday 8 January 2018

SUAI KENAL, TAARUF, KENALAN BARU BLA BLA BLA BLA....

07/01/2018

Ok, siang tadi selesai saja pendaftaran pelajar baru, seperti biasa akan ada taklimat yang akan disampaikan dari pihak pentadbiran.

Taklimat disampaikan sendiri oleh Ustaz Izzat b. Mohamad Ropi, iaitu selaku pengerusi sekolah Tahfiz al-Quran Ummu Waraqah lil-Banat (TAQWA) dan Tahfiz Zaid bin Thabit (TZ).

Lupa pulak nak bagitahu, saya hanya berkhidmat dan mengajar di Tahfiz perempuan (TAQWA) sahaja. Apa yang saya akan berkongsi cerita kebanyakannya lebih kepada aktiviti yang dijalankan di TAQWA.

Ada jugak aktiviti atau program yang kami bergabung tenaga antaranya seperti program usrah bulanan, majlis hari raya dan beberapa majlis lai

Macam hari pendaftaran ni pun, termasuk pendaftaran pelajar lelaki. Memandangkan bilangan kemasukan pelajar perempuan lebih dari bilangan pelajar lelaki, memang nampak pelajar perempuan lebih mendominasi suasana.

Selesai sesi taklimat, pelajar baru dibenarkan untuk keluar (outing) dan pulang semula ke asrama selepas asar.

Bermula selepas maghrib bahagian pentadbiran sudah aturkan program suai kenal antara pelajar lama dan baru.

Huhu.... Bila pelajar makin bertambah, makin bertambah tanggungjawab dan amanah. Mohon doakan kami warga pendidik kuat semangat dan diberi kekuatan untuk sebarkan apa sahaja kebaikan kepada para pelajar kami.

Harapan kami, semoga mereka lebih cemerlang dan terbilang pada satu masa nanti.



















Anis
Tahfiz al-Quran Ummu Waraqah lil-Banat (TAQWA)
Bukit Kapar, Kapar,
Selangor
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment