Kisahnya...
Teringat 7 tahun lepas, saya ke klinik. Dari rumah saya buat tempahan grab untuk ke klinik di sekitar Ampang Point. Dah jadi kebiasaan, kalau keluar memang saya akan bawa botol air.
Lebih kurang 7 minit lepas tu grab sampai. Pemandu seorang berbangsa cina. Saya anggar umur beliau sekitar 50'an. Uncle yang peramah. Bila uncle ni mula sembang, soalan yang biasa saya akan tanya "dah berapa lama bawak grab?" hehe... soalan berbasi basi gittuw...
Dan dia pun sembang sembang lagi. Dulu dia kerja sebagai Chemical Engineer. Pencen awal masa umur 45 tahun. 5 tahun dia enjoy, makan ikut suka dan buat apa yang dia suka. Yelah, duit banyak.
Bila tengok dia macam tu, anak sulungnya tegur,
"papa, kalau you nak pendek umur teruskan hidup enjoy macam ni"
"You buatlah aktiviti, tu kereta ada, you try buat grab"
"Isnin sampai jumaat you buat kerja, sabtu ahad you enjoyla"
Masa dia cerita tu saya nak tergelak pun ada. Tapi ada betulnya jugak. Hidup enjoy, senang, tak sakit kepala fikir kerja, anak anak pun dah besar, makan tak jaga, ikut nak makan apa, exercise takda. Boleh undang penyakit (dengan izin-Nya).
Dia pun sambung cerita lagi. Dulu dia pernah duduk Kemaman, Terengganu. Duduk dengan keluarga angkat melayu. Dalam hati masa tu terus terdetik, patutlah cakap melayu pun lancar takda pelat. Siap bagitahu lagi, lagu-lagu melayu yang dia pasang dalam kereta ni dia muat turun sendiri masuk dalam thum drive.
Bersambung.....
Comments
Post a Comment