Tuesday, 3 July 2012

JOM! BACA BUKU TAMBAH ILMU

Salah satu buku terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd hasil karangan Ust. Hasrizal @ saifulislam.com.


Pendekatan yang disampaikan adalah salah satu sebab menjadikan saya tertarik dengan semua hasil tulisan beliau.

Buku ini merupakan pengalaman dan perjalanan hidup penulis semasa berada di London, Belfast dan beberapa tempat di UK. Sarat dengan nasihat dan teguran yang menyentuh jiwa dan dalam masa yang sama tarbiah rohani juga diselitkan untuk kita bermuhasabah. Jujurnya saya sangat tersentuh membaca pengalaman kisah suka dan duka beliau.

Semoga hasil usaha penyampaian dakwah dan motivasi ustaz diberkati Allah.

Monday, 2 July 2012

KAMI DI ISTANBUL (3)


Salam ceria semua!!! Rindunya kenangan2 dulu. Macam tak percaya, berada di bumi Sultan al-Fatih selama 3 tahun rasanya terlalu singkat. Tahu2 je dah nak kena balik. Dahla balik tu macam pelarian. Maklumlah... sebenarnya sepanjang kami berada di sana kami tidak memiliki pengesahan belajar secara 'halal'. Pergi dengan visa pelancong then over stay sampai 3 tahun memang sahlah macam pendatang tanpa izin. Alhamdulillah... 'ala kulli hal semua tu pengalaman yang sangat beerti buat kami.

Kali ni saya lebih nak fokuskan tentang sistem pengajian rasmi di sekolah kami dan saya lebih khususkan untuk pengajian tahfiz.

Bukan mudah2 sebenarnya nak join tahfiz dekat sini. Syaratnya yang ditetapkan bagi saya agak 'syadid' atau ketat sedikit. Basically, semua pelajar wajib tahu membaca al-Quran sehingga mahir dari sebutan huruf dan hukum hakam tajwid. Peringkat kelas yang paling bawah sekali ialah kelas kelancaran Quran ('YUZUNDEN SINIFI' dalam istilah bahasa Turki). Tempoh standart untuk kelas ni selama setahun.

Macam saya beritahu di entry yang pertama (KAMI DI ISTANBUL 1), kami akan berada di kelas selesai solat subuh dan berakhir selepas isyak, sekitar jam 9.30 malam untuk musim sejuk manakala musim panas kelas berakhir jam 10.30 malam. Cuma kelas secara rasminya akan bermula jam 8.00 pagi.

Okay, berbalik kepada kelas kelancaran, kami tidaklah terlalu terikat dengan sistem masa yang sekolah tetapkan. Antara sebabnya, pelajar Malaysia memang dah kenal huruf dan tahu membaca Quran dengan baik. Tinggal lagi perlu perbaiki dari sudut sebutan huruf mengikut lahjah arab dan menjaga hukum hakam tajwid.

Standart untuk semua kelas macam ni kecuali kelas tahfiz, kami akan mengaji meja bawah. (Gambar ni saya dah post di entry yang lepas).

Sepanjang kami berada di kelas kelancaran, kami akan dilatih sehingga mahir dan sebutan menjadi lancar. Saya pun tak ingat berapa kali khatam. Lepas 5 bulan kami ada test bacaan untuk melayakkan kami ke tahap yang seterusnya iaitu kelas Hafazan Quran (HAFIZLIK SINIFI). Ujiannya berbentuk begini, kami perlu baca satu muka surat sehingga habis seorang demi seorang di hadapan pengetua Tahfiz iaitu Cikgu Ibrahim (ibrahim Hoca)dalam tempoh tidak lebih 2 minit dengan sebutan huruf dan tajwid yang betul.

Natijahnya... 10 orang dari kami, yang lepas hanya 5 orang sahaja. Ya Allah sedihnya... saya termasuk dalam kumpulan yang tak layak. Tak luluslah maknanya. Habis je test, cikgu kami Cikgu Muzeyyen dengan muka merah padam masuk kelas marah2. Siap ugut lagi, kami kena balik Malaysia. Actually, cikgu memang macam tu, saje nak bagi kami takut... Saya memang menangis jugak masa tu. Memang moody satu haru hari tu. Yelah, fikir2, takkan nak balik tak habis lagi hafal Quran ni. Datang dari jauh balik takkan kosong jekan? Masa belum mesra dengan cikgu, kami bagi gelaran cikgu harimau..huhu..

Malam hari kejadian, kakak2 senior kami yang 5 orang datang kelas dan pujuk kami yang tak lulus test. Mereka bagi kami semangat. Kami berlima yang tak lulus ni diberi tempoh sebulan lagi, sekurang2nya perlu khatamkan sekali lagi bacaan Quran. Antara punca sebab saya tak lepas, sebutan huruf ح dan ع saya tak betul. Begitu jugak dengan salah seorang kawan saya. Yang selebihnya lagi 3 orang kawan saya yang tak lulus, saya dah tak ingat kesalahan mereka.

Ketatkan kelayakan untuk melayakkan diri masuk kelas tahfiz. Kalau bacaan lebih masa 2 minit untuk satu muka surat pun tak lulus, sebutan huruf dan hukum hakam tajwid tak betul apatah lagi kan?. Alhamdulillah, berakhir tempoh sebulan, kami yang selebihnya tadi dibenarkan untuk menghafal kecuali salah seorang daripada kami. Sebenarnya kawan saya yang seorang ni memang bukan dari sekolah agama, jadi perlukan lebih masa untuk mahirkan bacaan. Apa yang bagusnya akak ni bersungguh2 nak mahirkan bacaan, so cikgu bagi kelas khas untuk dia (saya panggil akak sebab umur memang lebih tua daripada saya). Dia balik Malaysia tak lama lepas tu. Jadi group kami tinggal 9 orang then cikgu gabungkan kami dengan kakak2 senior yang 5 orang dalam satu kelas. Maka berkumpullah kami 1 kelas budak melayu di KELAS HAFIZLIK E.

Limit masa untuk menghafal pun ada, paling lama 2 tahun. Kebanyakan pelajar2 tahfiz boleh habis dalm tempoh setahun hingga setahun setengah. Ada jugak yang kurang setahun, ada seorang budak turki ni, tak silap saya 5 bulan dah khatam, kalau tolak cuti ada dalam 4 bulan kot. Salah seorang insan terpilih anugerah Allah bagi ingatan dekat dia ni, sekejap je dah ingat. Nama dia Emine, dia antara budak2 Turki yang rapat dengan kami.

Sistem menghafal pula, kami akan mulakan hafalan satu muka surat dari setiap akhir juzuk. Menggunakan al-Quran Resam Uthmani, setiap juzuk mempunyai 20 muka surat kecuali juzuk yang ke 30. Contohnya hari isnin juzuk 1 (akhir muka surat juzuk 1), esoknya hari selasa muka surat terakhir juzuk 2, hari rabu akhir muka surat juzuk 3 sehinggalah juzuk yang ke 29, manakala untuk juzuk 30 kami bermula dari surah ad-Dhuha sehingga habis surah an-Nas. Sekiranya ada kemampuan untuk mengahafal lebih dar satu muka, bolehlah bawak 2 muka iaitu satu muka dari juzuk 1 dan satu muka dari juzuk 2. Sistem di Turki lebih kepada menghafal mengikut bilangan muka surat. Hafalan baru paling minimum 1 muka dan ada jugak yang mampu dalam satu hari 5 muka untuk hafalan yang baru. Wow! 5 muka tu belum campur dengan ulangan sebelum ni, kalau 5 muka hafalan baru tambah dengan ulangan, contoh ada 4 muka ulangan, jadi setiap hari akan tasmik 9 muka surat depan cikgu (5+4=9). Sebab tu ada yang boleh habis cepat dalam tempoh 5 bulan.

Akan datang saya akan post kertas rekod hafalan kami di sana...

So... kita sambung cerita di entry akan datang yer! =)

KAMI DI ISTANBUL (2)

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam ukhuwah buat pengunjung yang sedang membaca atau sekadar 'terlalu' sahaja... =)

Okay.. straight to the point, entry kali ni saya nak sambung kisah saya dan kawan-kawan di Turki (samb. dari Kami di Istanbul 1).

Entry yang lepas saya ada post gambar bangunan sekolah kami tapi itu gambar lebih 10 tahun lalu. Jadi inilah gambar paling terbaru saya dapat drpd kawan2 saya. Cantikkan? Gambar ni snap dari belakang dan itulah padang kami beriadhah waktu rehat..hmm, tapi kalau tengok dari gambar ni macam tak berapa nak nampak padang kot..

Lupa saya nak bagitahu nama sekolah ni.. Nama sekolah ni SUADiYE TUBA KIZ KURAN KURSU.

SUADiYE = merujuk kpd nama tempat (sekolah ni ada 3 cawangan sekolah yg sama, jadi sekolah ni berada di kawasan yg bernama SUADiYE).

TUBA = nama sekolah ni. Contoh mcm di Malaysia "Maahad Tahfiz Itqan" ITQAN tulah nama khusus sekolah..

KIZ = memberi maksud perempuan. Sebab sekolah ni khas utk perempuan sahaja.

KURAN = quran.

KURSU = memberi maksud sekolah.


Ini pulak gambar kami..sepatutnya ada 15 orang semuanya tapi ada sorang sakit dan sorang lagi saya pun dah tak ingat sebab apa takda dalam gambar ni. Seragam sekolah untuk musim sejuk, sesi pagi tudung kelabu dan jubah warna biru tua atau boleh jugak warna hitam. Kebetulan kalau ada bawak tudung labuh warna kelabu dari Malaysia bolehlah pakai. Manakala sesi petang pulak tudung akan berganti dengan warna putih. Tengah-tengah tudung corak tu, itulah guru khas untuk student Malaysia.

Kalau nak tahu, kami pelajar2 tahfiz dekat sana memang takda cuti panjang kecuali cuti hari 2 raya (Aidilfiri&Aidiladha). Bayangkan hari sabtu dan ahad pun kami perlu ke kelas dan tasmik hafalan kami seperti biasa. Cuma yang bebasnya hujung minggu ni kelas separuh hari dan pakaian bebas. Dekat Turki ni kawasan 4 musim, jadi musim sejuk mandi pun seminggu sekali je..dah jimat masa. Jadi hujung minggu jelah kami gunakan utk segala aktiviti membasuh, mandi dan sebagainya.

Ya Allah...kenangan sungguh, antara yang saya tak boleh lupa, kami pernah curi-curi mandi waktu malam dan biasanya hari sabtu(sepatutnya dah time tidur). Seperti biasa, bunyi je loceng utk naik asrama, cikgu2 yang bertugas akan 'spotchek' semua kelas utk pastikan takda student dalam kelas. Gara2 main, lepas tu leka dah tak sempat nak mandi petangnya. Yelah, nak tak nak kena jugak mandi malam tu sebab kalau hari ahad dah nak kena siap sedia 'iron' baju utk persediaan hari isnin pulakkan, then bila cikgu chek kelas, kami menyorok di balkoni kelas dan pastinya lampu siap sedia dipadamkan (konon2 dah takda orang dalam kelas). Agak2 dah selamat kami pun slow2 turun utk aktiviti seterusnya... (kalaulah tertangkap waktu tu, memang habis kena marah punya..tapi Alhamdulillah tak kantoi..hihi...).


Antara gambar yang sempat snap time snow dekat padang belakang sekolah. Maklumlah dekat negara sendiri tak pernah jumpa salji. Eh, jangan kata orang kita je yang seronok bila snow turun, orang Turki pun seronok sangat. Berlari2 dekat tingkap bila snow turun. Masya-Allah..pemandangan memang sangat cantik, sejuk tu hanya Allah sahaja yang tahu. (Sejuk2 pun sempat jugak buat 'snowman' kecik tu.. huhu..). Ikutkan kawasan sekolah kami ni snow yang turun tak berapa lebat. Cuma seingat saya pernah masa cuti kami perlu ke sekolah lain, sekolah tu area kampung, kebetulan memang time snow turun, huhu... dahla lebat, tebal pulak tu, sejuk memang tak tahan.

Berdekatan dengan laut antara faktor salji tak berapa lebat di kawasan sekolah kami. Sekolah pun tengah bandar, kebanyakan pelajar2 Turki di sekolah kami ni pun rata2 anak orang 'berada' berbanding 2 lagi sekolah. Satu di kawasan yang agak pedalaman atau hulu manakala satu lagi di pekan berdekatan dengan kawasan perkilangan. (memang banyak kilang sepanjang perjalanan nak sampai ke sekolah ni). Hmm... bukanlah bermaksud kami ditempatkan di cawangan sekolah tengah bandar ni kami dikalangan anak2 orang berada. Kami sendiri di'sponser' sepenuhnya yuran sekolah, asrama dan yuran makan. Kalau tak rasanya kurang kemampuan jugak nak bayar semua sara hidup, lagi2 di Istanbul. Sara hidup sangat tinggi. Kecuali duit tambang flight dan duit poket jelah mak ayah kami kirim sikit untuk tambahan perbelanjaan harian. Kami pun sepanjang berada di sana dah habis pengajian baru balik ke Malaysia. Tiada istilah cuti musim panas untuk kami bagi pelajar2 tahfiz. Duit pun jimat lagi dekat situ... =)

Okaylah, cukup dulu untuk entry kali ni, insya-Allah saya sambung di entry akan datang. Jumpa lagi!

Sunday, 1 July 2012

MASALAH





antara video 'matluthfi90' yang terbaik...
memang betul, adakalanya orang di sekeliling kita bukan 'kisah' pun dengan masalah kita....
moral: "beat your problems today... and move forward!"