Friday 29 December 2017

SEHARI DI BURSA

24/11/2017 (Jumaat)

Sebelum cerita panjang lagi, kita share sikit tentang Bursa.

Kalau korang nak tahu, Bursa ni antara bandar ke 4 terbesar dan padat kat Turki, selepas Istanbul, Ankara dan Izmir. Bursa jugak merupakan salah satu kota perindustrian yang utama di Turki. Wow! patutlah ramai yang datang Turki kata rugi kalau tak dapat singgah ke Bursa.

Lepas tu pulak, Bursa antara bandar yang sarat dengan sejarah zaman kerajaan Uthmaniah. Kiranya Bursa jatuh tempat ke 2 selepas Istanbul dari sudut peninggalan khazanah seni dan warisan kerajaan Uthmaniah. Kota Bursa pernah menjadi ibukota pertama zaman kesultanan Uthmaniah dari tahun 1326 hingga 1365 sebelum berpindah ke Edirne.

Haish... Nampaknya nak kena banyak lagi kaji sejarah ni. Seronok bila dapat tau dan nak cerita kat orang pun rasa yakin gitu. Hehehe. Takdala terkulat kulat macam tak reti apa kan.

Okaylah, kita sambung cerita entry lepas....

Jam 2 pagi (waktu tempatan) baru saya dapat lelap mata. Tepat jam 4 pagi terjaga. Masa tu tak cuci muka apa terus cari plastik makanan yang beli semalam. Weh! Lapar kut... Subuh 6:30 baru masuk. Jadi saya dan 2 orang kawan sebilik sambung makan sampai habis. Mandi? Hehehh... Sejuk memang tak la nak mandi. Lagipun cuaca dingin. Setakat cuci kaki dan muka ja lah...

Alhamdulillah 'ala kulli hal....  Allah masih beri ruang untuk saya rasa syukur dan nikmati ruang ruang waktu yang berlalu.

Dah habis makan saya kemas apa yang patut. Kemas dan kemas. Walaupun ada housekeeping, takkan kita nak serah 100% untuk depa kemas bilik kita kan. Malu tu kena lebih. Benda kita boleh buat, kita buatla. Kurang kurang dah mudahkan kerja depa.

Selesai subuh, kami bersiap terus. Jam 7:00 sarapan *(kahvaltΔ±). Yang bestnya tempat makan sebelah bilik ja. Sarapan sangat simple. Yang hantu keju, macam macam pilihan keju boleh pilih. Korang suka tak? Saya bukan tak suka tapi tersangatla suka. Hantu keju tapi tetap tak boleh obses sangat. Orang kata besederhana tu penting. Eceh!!! 😊 


Sarapan yang pihak hotel sediakan


Saya ambik yang ni je. 

Kenyang ke makan tu je? Alhmadulillah, kenyang sangat. Telur kan protien tinggi. Biasa saya makan 2 biji telur pun dah kenyang sampai tengahari. Ini tambah dengan keju, 3 keping tomato, sepotong roti... lagi triple kenyang yabedabedu hahahahah....

Actually bab makan ni bukan nak kenyang sangat. Yang penting bertenaga. Nanti nak berjalan jauh lagi. Kalau awal awal dah lesu, pancit memang tak syok nak berjalan. Tapi korang kalau nak travel musim sejuk ni tak perlu risau sangat penat ke apa, sebab udara sejuk tak berpeluh dan tak rasa cepat letih. Yang penting pakaian kena selesa dan sesuai dengan suhu terutamanya kasut.

Habis sarapan kami akan ke destinasi seterusnya. Ziarah sekitar bandar Bursa, antaranya Masjid Hijau *(Yeşil Cami), naik cable car *(teleferik) main salji atas bukit, ziarah makam keturunan keluarga Osmanlı (salasilah keluarga sebelum Sultan Muhammad al-Fatih) dan berjalan kawasan sekitarnya.

Oklah... Saya belanja gambar jelah ye.















Tak dapat nak beli jadi kita tangkap gambar kenang kenangan pun jadilah... Seramik asli buatan tangan. Masha Allah cantik sangat. Harga pun cantik tapi berbaloi. Yang saya beli kat sini alas meja, sejadah 2 helai, kecik  dan besar. Owner kedai bagi murah kat kami sebab dia kawan baik dengan tour guide kami. Rasa rugi kalau tak beli tu sebab hasil tenunan tangan asli memang dari Turki. Makna kata bukan made in Rusia atau made in China. Asli made in Turki ok. Alhamdulillah 'ala Kulli hal πŸ˜‰



Tiket untuk naik cable car




Pemandangan dari dalam cable car 













Masa ni salji dah berhenti turun. Rezeki kami hanya dapat main salji. Lagi seronok kalau main salji masa salji tengah turun. Rasa syok, teruja tu hanya Allah ja tau. Takpalah, mungkin ada rezeki kita datang lagi. Bila tu? Hehehe

Lepas pada ni kami akan terus ke destinasi seterusnya. Iaitu ke Pamukkale. Wah! Tempat tu antara tempat yang memang saya nak pergi sangat sangat. Terutama kolam bertingkat tu. So excited!!! 😍


Hurm... Ok, kita sambung next entry ya. Santai santai ja πŸ˜‰






SELAMAT TIBA DI ISTANBUL

Good friday everyone, moga diberkati sepanjang hari πŸ˜‰

Kalini saya nak sambung cerita lagi. Nak try buat episod bersiri agak agak boleh tak?

23/11/2017 

Alhamdulillah kami selamat tiba di Istanbul lepas hampir 13 jam perjalanan. (Dari KL-Dubai 7 jam, transit di Abu Dhabi 1 jam, Dubai-Istanbul 5 jam).

Fuh!!! Lenguh segala tulang lutut. Tapi biasalah, nama pun musafir. Nak tak nak kena tahanlah penat lelah semua.

Suhu kat Istanbul masa tu dah cecah 13° celcius. Sejuk dah masa tu. Saya dah stand by selimut 2 lapis. Ambik dari flight. Eh, saya mintak tau kat pramugari selimut tu. Depa bagi then saya terus lilit kat badan. Konon konon buat macam sweater.

Baju sejuk semua dah prepare dalam bag galas, saya yang tak berapa rajin nak tukar semua. Patutnya tukar kat toilet masa dalam flight. Dah sedap makan tidur malas pulak nak gerak. Yelah, renyahkan...  πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Okay okay....

Bila dah setel urusan di airport kami terus cari tour guide yang akan pandu perjalanan kami Encik Hazimin, orang Malaysia yang dah menetap hampir 4 tahun di Turki. Driver kami pulak merupakan penduduk tempatan, namanya Ahmet.

Kami sampai masa tu jam 6:30 malam waktu tempatan (11:30 malam waktu M'sia). Awatnya malam bukan petang? Yalah, dah musim sejuk siang pendek, malam panjang. Jam 5 dah maghrib. Kalau kita waktu tu boleh main basikal round round kampung πŸ˜†

Setel semua dah nak dekat jam 8. Kami sewa van mercedes besar. Cukuplah untuk kami yang hanya 6 dewasa, 1 baby.

Kami terus bergerak ke Bursa malam tu jugak. Ikutkan perjalanan makan masa dekat 6 jam. Tapi ikut jalan pintas dengan menaiki feri sekali dengan van perjalan hanya ambil masa sekitar 3 jam lebih. Akibat keletihan, waktu pun dah malam, sepanjang perjalanan saya tertidur. Tak dapat nak snap apa apa gambar kenangan.

Dari Istanbul kami akan melalui Kocaeli, Yalova dan barulah sampai ke destinasi yang dituju - BURSA.

Sayangnya jugak kami tak sempat nak tengok tarian sufi yang famous dekat Bursa sebab dah lewat. Tempat tu tutup jam 9 malam. Takpalah takda rezeki nak buat macam mana kan.

Sebelum chek in hotel kami singgah kedai beli makanan untuk alas perut. Benda pertama yang saya nak makan antaranya lahmacun (kita baca Lahmajun, huruf C ikut abjad Turki = J abjad kita). Bau daging tu buat tambah selera... Hahaha πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹



Ni Lahmacun yang saya makan masa di Istanbul


Musim sejuk ni kira sedap nak makan ja. Saya jarang makan malam pun tak peduli dah. Hilang dah pantang larang makan sebelum tidur. πŸ˜…

Sampai hotel kemas apa yang patut. Penat memang penat tapi tak dapat nak tidur sebab mata dah tak ngantuk. Mana tak nya, sepanjang perjalanan dari Istanbul ke Bursa dah sedap lena dalam van.

Habis kemas apa yang patut. Hilangkan lenguh lenguh baru boleh baring. Kena paksa jugak tidur. Esok jam 8 nak chek out. Kumpul tenaga untuk esok pulak....

Okaylah... Kita sambung cerita esok pulak ya πŸ˜‰




posted from Bloggeroid

Thursday 28 December 2017

MUKADDIMAH PERMUSAFIRAN

Selam 'elaykum. Merhaba arkadaşlar πŸ˜‰

Seronok tau bila dapat refresh balik bahasa asing ni. Lagi lagi bahasa Turki. Dia macam bawak kita kat kenangan kanak kanak dulu. Zaman belajar yang reti belajar je, tak tau pun yang Turki dengan Malaysia jauh beribu batu... hahaha...

Yalah, masa tu umur baru 11 tahun. Zaman tu kita berhubung pun melalui surat. Bila surat sampai memanglah tersangat excited. Pastu nanti bila dah baca mulalah drama airmata rindu. Nanti kawan kawan pun kerumun then kita share isi surat sama sama. Weh! Rindunya kat korang semua...

Sekarang bila dah kerja mesti rasa, Ya Allah....seronoknya zaman belajar, betulkan? Seronokla sebab takda komitmen. Haha!

Actually saya ni jenis payah nak tinggal kerja kat orang lain. Lagi pulak kerja guru merangkap warden. Huhu... Nampak mudah tapi sebab ia melibatkan amanah dan tanggungjawab. Tak boleh main main. Dan saya kira semua kerja pun perlukan komitmen yang berbeza.

Dan.......... bila majikan saya beri cuti siapa yang tak nak. Walaupun berat hati nak tinggalkan anak anak didik. Eh, bukan saya yang mintak cuti tau.

Macam biasa, sebelum nak ke luar negara kita mesti nak tukar duit. Kali ni, ini kali pertama saya buat urusan sendiri tanpa bantuan abah. Sebelum ni banyak abah yang bantu. Terima kasih abah, dari dulu selalu percayakan akak berdikari sendiri walaupun akak tahu abah tak berapa gemar akak ke sana sini sorang sorang tanpa teman.

Apa yang saya buat, saya buat carian di google dulu untuk tau nilai tukaran duit. Then cari money changer yang murah dan mudah untuk saya pergi.

Akhirnya, ini pilihan terakhir lepas dah survey 3  tempat berdekatan.

Alhamdullilah semua dapat selesai dengan baik dan selamat. Saya redah sendiri ke Jalan Masjid India dari Ampang. Elok ja habis urusan selepas 3x ulang alik dari bank ke money changer, hujan turun selebat lebatnya. Huhu...

Masa dok berteduh dari hujan tu lah tetiba hati saya ni sayu ja rasa. Baru tau macam mana rasa orang yang berteduh dari hujan. Sebab tu la kan, kita ni selalu kena kerap ingatkan diri sendiri supaya bersyukur dalam apa jua situasi... Waaaa... 😒

Gambar dari Stesen LRT Bandaraya




********************************************************

BERKEJAR KE KLIA

Flight saya 23/11/17, Khamis pagi, jam.......

Saya bertolak dari Ampang sekitar jam 3:30 pagi. Singgah dulu ke Seri Kembangan hantar umi kat dapur kedai.

Dalam kereta abah tanya flight jam berapa, saya jawab 7 pagi. Abah terkejut kata mana sempat ni. Kalau flight jam 7, paling kurang 2 jam sebelum kena ada dah kat KLIA untuk chek in.

Ah sudah.... saya usaha tenang. Tau dah abah macam mana. Bab masa ni abah memang suka tepat jangan lewat. Tapi sebenarnya saya mula konfius, chek in jam 7 atau flight jam 7...haahaa

Otak penat, badan penat. Seriously penat. Memang masa tu badan pun rasa nak demam sebab kurang rehat sepanjang seminggu sebelum nak fly. Dengan program sekolah dan beberapa kerja yang perlu saya setelkan sebelum cuti.

Bila dah penat mulala kurang fokus. Benda penting macam tu pun saya tak alert.

Lepas saya dah confident jawab flight jam 7, abah terus pecut. Turun je umi kat dapur abah pecut pulak ke KLIA.

Saya sampai elok lagi 5 minit nak jam 5:00 pagi. Abah tanya, kawan kawan da sampai belum. Belum je saya jawab. Takut kalau abah da marah. hahaha...

Abah turunkan saya kat gate 6 dan terus cari parking kat bawah.

Saya terus timbang bag dan rapping semua. Sementara tu saya terus cek phone dan whatsapp kawan. Pastu saya cek balik whatsapp lepas lepas dan tengok balik jadual perjalanan semua. Ceh! Rupanya saya silap. Check in jam 7, flight gerak jam 10:15.... Hahahaha. Gelak kat diri sendiri pastu merungut sendiri kalut sungguh la seorang aku ni. πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Setel je abah sampai, abah tanya lagi kawan mana. Saya terus mintak maaf bagitahu saya salah tengok masa. Kawan baru nak bertolak. Huhu


Menanti sambil bermuhasabah diri.... hehe


Saya cakap kat abah, takpa akak boleh tunggu. Kalau abah nak balik dulu akak ok je. Muka abah macam berat lagi nak tinggal saya sorang. Pastu abah bagitahu nak solat dulu. Saya pun ok je lah.

Sambil sambil tu saya terus whatsapp kawan tanya kat mana. Tak lama tu abah da habis solat, kawan tak sampai lagi. Abah tanya lagi, kawan kat mana. Biasalah abah kan...memang nak kita selalu dalam keadaan selamat.

Tak lama tu abah cakap terpaksa balik jugak sebab sakit perut. Saya ok. Kesian jugak dari pagi dah keluar. Lepas salam abah, saya terus telefon umi dan bagitahu yang saya salah tengok waktu flight.

Sementara tunggu kawan kawan sampai, saya cari port nak duduk untuk alas perut sikit. Saya pilih ambik kopi O tanpa gula dan makan sikit chicken puff.

Habis alas perut kawan masih belum sampai. Bila sorang ni saya memang takkan duduk diam. Lagi pulak urusan belum setel. Terus je saya cari kaunter untuk check in. Nanti bila dorang da sampai takdala pakat kalut mencari cari lagi.

Alhamdulillah, disingkatkan cerita, sejam lepas tu semua setel. Bag semua lepas takda sampai terlebih kilo.

Dan.... episod pengembaraan pun bermula.... πŸ˜‰
.
.
.
.
.
.
.
Kita sambung entry lain pulak ye. Jumpa lagi 😍





Wednesday 27 December 2017

TADABBUR ALAM TERCIPTA KENANGAN

Alhamdulillah... Allah beri saya peluang untuk kesekian kalinya bermusafir ke Turki lagi.

Seronok ke? Wajiblah saya rasa seronok, rasa nak menangis pun ada sebab tak tergambar dengan kata kata. Syukur sangat sangat...

Sebab? Ya, sebab kali ni saya dapat bermusafir ke tempat yang memang saya nak sangat sangat pergi.

Masa zaman belajar kat Turki dulu memang kurang sangat berjalan kat tempat tempat menarik. Masa kami memang fokus hanya di sekolah. Tambahan pulak visa pun takda. Kira macam pendatang asing.

Tujuan asal permusafiran kali ni untuk meraikan konvo *(cemiyet) pelajar pelajar kami yang dah khatam Quran kat sana.

Jadi alang alang dah datang, majikan saya aturkan perjalanan untuk bermusafir ke tempat tempat lain. Antaranya ke Bursa, Pamukkale, Kapadokya dan ke Istanbul.

Istanbul, Turki


Ok, saya akan sambung cerita kat entry seterusnya ya πŸ˜‰

*cemiyet = majlis khatam Quran
posted from Bloggeroid

TIRAI 2017 BAKAL BERLABUH

Assalamualaikum teman teman.... πŸ˜‰
Pejam celik pejam celik tinggal 4 hari je lagi nak masuk bulan baru, masuk tahun baru.

Seriously kejap sangat rasa dah hujung tahun. Yang pastinya umur pun dah makin naik.... 😁 Harapannya, sikap pun kena makin baik, ye tak?

Punyalah lama saya tak update blog ni. Sampaikan nak mula tulis tak tau nak mula dari mana. Bak kata orang ganu "jeng kreng". Agaknya kalau blog ni boleh basi, dah busuk, berkulat hijau hitam semua ada πŸ˜…

Nak cerita apa tak tau tapi saya tetap nak blog ni hidup. Susah payah kut saya aktifkan dulu. Sampai hang laptop. Kalau terkubur rugi pulak rasa. Tak berbaloi.

Ok, kita rest kejap. Kejap je...

Nak sambung cerita lain pulak kejap lagi πŸ˜‰
posted from Bloggeroid

Wednesday 15 February 2017

Sejati (Official Music Video) - Faizal Tahir








Kau Selalu Ada,

Ku Tenggelam Dengan Dunia,
Kau Tetap Sempurna,
Ku Tak Sedar Waktu Beredar.

Andai Dipisah Engkau Dari Aku,
Gelap Gelita Musnah Semua,

Biar Mati Ku Mencuba,
Demi Bahagia,
Biar Sakit Dilukai,
Dapat Ku Rasa,
Biar Nadi Ku Terhenti,
Demi Ke Syurga,
Biar Selamanya Mencari,
Cinta Sejati,
Sejati.

Kau Selalu Ada,
Kau Tak Pernah Hilang Percaya,
Kau Tetap Sahaja,
Kau Cahaya Dalam Gelita.

Andai Dipisah Engkau Dari Aku,
Gelap Gelita Musnah Semua,

Biar Mati Ku Mencuba,
Demi Bahagia,
Biar Sakit Dilukai,
Dapat Ku Rasa,
Biar Nadi Ku Terhenti,
Demi Ke Syurga,
Biar Selamanya Mencari,
Cinta Sejati.
Sejaati

Sedar,
Sedar Aku Kau Yang Satu,
Tunjuk,
Tunjukkan Ku Jalan Kepada Mu,
Diri Mu Yang Satu.

Biar Mati Ku Mencuba,
Demi Bahagia,
Biar Sakit Dilukai,
Dapat Ku Rasa,
Biar Nadi Ku Terhenti
Demi Ke Syurga
Biar Selamanya Mencari,
Cinta Sejaati,
Sejaati, Sejaati,

Hanya Kau Satu Cinta Sejati,
Kau Selalu Ada.


Monday 6 February 2017

BIAR GAMBAR BERBICARA



Seronok tengok hijau hijau ni.... Tenang hati 😍






posted from Bloggeroid