Wednesday 18 November 2015

STUDIO CAT

Assalamualaikum...
 Alhamdulillah... setelah beberapa kali merancang untuk melawat anak anak bulu's ni, akhirnya Allah makbulkan juga hajat kami. Di mana tempat ni? 

Oh, lupa pula saya... saya melawat anak anak bulu's ni di Cat Studio bertempat di Setia Alam. Nak masuk tempat ni perlu buat appoiment. Kalau sebelum ni contact by whatsapp pun memadai untuk book tarikh dan masa serta tidak dikenakan yuran. Sekarang ni cukup untuk book tarikh dan masa pada aplikasi yang telah disediakan, jadi lebih mudah untuk kita memilih tarikh tarikh yang masih kosong.

Dari apa yang saya tahu sepanjang hujung minggu (sabtu&ahad), untuk bulan ini sehinggalah penghujung bulan Disember semuanya sudah penuh. Waktu kosong yang berbaki hanyalah waktu hari bekerja... wow! 

Oklah... saya ringkaskan cerita, untuk masuk telah dihadkan masa selama 45 minit sahaja. Yuran setiap kepala di cas sebanyak rm8. Untuk peminat kucing, apalagi, jom la pakat ramai ramai dengan geng melawat anak anak bulu' ni... Ops, untuk yang pergi secara berkumpulan terhad sehingga 5 orang sahaja ye...












Rajin setakat ni dulu... lain masa kita cerita lagi...

Tuesday 5 May 2015

SAHABAT DUNIA AKHIRAT

Tanggal 22 April 2015 saya menerima berita kelahiran baru daripada seorang sahabat baik. Perasaan saya sangat teruja. Tiba-tiba satu persatu kenangan bersamanya terlintas dalam fikiran. Mana mungkin akan berulang semula saat itu. Dialah teman gembira, sedih, teman bergaduh, teman menangis, teman belajar, teman yang menemani ke taman makan bersama....

Sekarang dia sudah bergelar ibu kepada puterinya. Sejak pulang dari Syria kami masing-masing sudah ada haluan sendiri tapi punya satu matlamat yang sama, 'mendidik anak bangsa berjaya dunia akhirat'. Dia mengajar di pantai Timur di sekolah lamanya, sedang saya sejak pulang ke Malaysia sudah empat tempat saya mengajar.

Teringat semasa menghadiri majlis walimahnya di Terengganu,  dia akan perkenalkan saya sebagai kakak angkatnya kepada tetamu yang hadir. Saya hanya tersenyum, memang jenis tidak banyak bicara. Lebih senang mendengar dan memerhati. Sayangnya saya tidak dapat lama di majlisnya, faktor kekangan masa dan adik pula sebagai driver yang bertanggung jawab perlu berkejar untuk urusan seterusnya.

Jujurnya... hati saya terasa ada satu dua perasaan yang sedang bercampur baur. Gembira dan sedih bergabung. Saat bersalaman ingin pulang saya tidak dapat menahan lagi air mata. Hampir 2 tahun lebih tidak bertemu, dialah yang rajin hubungi saya tanya khabar, okay ke tidak, apa cerita saya...

Alhamdulillah kini dia sudah punya status sebagai isteri dan ibu. Walau tidak selalu bertemu, doa saya semoga dirimu beroleh keberkatan hidup hidup dan kebahagiaan dunia akhirat. Terima kasih buat dirimu yang tidak pernah saya lupa. Saat jatuh bangun bersama dan memori yang kita pernah kita cipta bersama takkan luput dari ingatan.



Hana Zulaikha binti Ahmad Syahidi... semoga kehadiranmu ke dunia penjadi penyeri dan penyejuk mata buat kedua orang tuamu. Bakal menjadi muslimah solehah yang menggegar dunia.

Doakan saya dipermudahkan segala urusan dan menyusul selepas ini....

Thursday 16 April 2015

BERSABARLAH DUHAI SANG HATI

Hmmm..... Hati ini kadang-kadang sukar untuk dimengerti. Harapnya dapat difikirkan tentang yang baik-baik sahaja. Sungguh, hidup ini di dalamnya banyak pilihan. Kita yang akan memilih sama ada untuk terus maju atau mundur, memilih untuk bahagia atau terus meratap hiba dengan apa yang terjadi. Oh Allah, hati ini milik-Mu, Engkau yang pegang, lantas jangan Engkau membalikkan ia saat Hidayah ini sentiasa menemani... Sesulit apa sahaja ujian yang datang hakikatnya ia tetap mampu ditangani kerana Engkau tahu apa yang terbaik buat hamba-Mu. Maafkan kami Ya Allah.....



Moga dirimu terus tabah dan sabar....

PUNCA KELETIHAN dan CARA MENGATASI

PUNCA KELETIHAN dan CARA MENGATASI


TIDAK CUKUP TIDUR
✾ Anda tidak mendapatkan tidur yang mencukupi
✾ Boleh menyebabkan tumpuan dan kesihatan anda terjejas
✾ Orang dewasa perlu mendapatkan 7 - 8 jam tidur setiap malam
✾ Atasinya dengan:
✔ Jadikan tidur itu satu keutamaan
✔ Tidur tepat pada waktunya
✔ Jauhkan laptop, phone, tv dari bilik anda
✔ Jika masih mempunyai masalah, anda berkemungkinan mengalami GANGGUAN TIDUR (sleep disorder) - jumpa doktor anda

SLEEP APNEA
✾ Sesetengah individu merasakan bahawa dirinya mendapat tidur yang mencukupi, akan tetapi sleep apnea mengganggu anda
✾ Sleep apnea bagaikan memberhentikan nafas anda pada waktu malam
✾ Setiap kali anda diganggu anda akan terjaga tetapi berkemungkinan anda tidak sedar
✾ Kesannya anda tidak dapat tidur yang cukup walaupun telah "tidur" selama 8 jam
✾ Atasinya dengan:
✔ Kurangkan berat badan anda sekiranya berat anda berlebihan
✔ Berhenti merokok

TIDAK CUKUP TENAGA
✾ Makan terlalu sedikit atau makan makanan yang tidak berkhasiat boleh menyebabkan anda rasa keletihan
✾ Makan makanan yang seimbang kerana ia boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dalam range yang normal
✾ Atasinya dengan:
✔ Jangan skip breakfast
✔ Ambil protein dan karbohidrat dalam setiap hidangan
✔ Makan makanan ringan tetapi berkhasiat lebih kerap untuk tenaga yang berpanjangan

ANEMIA
✾ Sering berlaku di kalangan wanita
✾ Wanita berada dalam risiko kerana wanita akan kekurangan zat besi sewaktu kedatangan haid
✾ Sel-sel darah merah sangat diperlukan kerana ia membawa oksigen ke tisu dan organ-organ anda
✾ Atasinya dengan:
✔ Makan makanan yang tinggi khasiat zat besi seperti daging tanpa lemak, hati, kerang, kekacang
✔ Ambil supplement yang mengandungi zat besi

KEMURUNGAN
✾ Kemurungan bukan sahaja melibatkan emosi malah juga keadaan fizikal anda
✾ Keletihan, sakit kepala, hilang selera makan adalah antara tanda-tanda biasa
✾ Jika anda rasa keletihan dan kemurungan lebih dari seminggu, jumpa doktor anda
✾ Atasinya dengan:
✔ Lakukan psychoteraphy
✔ Ambil supplement atau ubat-ubatan

HYPOTHYROIDISM
✾ Tiroid adalah kelenjar kecil yang berada di pangkal leher anda
✾ Tiroid tersebut mengawal metabolisme anda dan menukarkan makanan kepada tenaga
✾ Jika kelenjar tidak aktif dan fungsi metabolisme terlalu perlahan, anda akan rasa lembap dan menambahkan berat badan anda
✾ Atasinya dengan:
✔ Sekiranya ujian darah sah kan hormon tiroid anda rendah, hormon sintetik boleh membawa kepada keletihan

TERLALU BANYAK CAFFEINE
✾ Caffeine boleh membantu meningkatkan kecerdasan dan tumpuan pada dos yang sederhana
✾ Namun begitu, jumlah pengambilan caffeine yang terlalu banyak boleh meningkatkan kadar jantung, tekanan darah, dan jitteriness
✾ Terlalu banyak jumlah caffeine juga menyebabkan keletihan
✾ Atasinya dengan:
✔ Kurangkan pengambilan kopi, teh, coklat, minuman ringan, dan ubat yang mengandungi caffeine secara beransur-ansur
✔ Berhenti caffeine secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan keletihan

DIABETES
✾ Mereka yang mengalami diabetes mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam aliran darah dan bukannya memasuki sel badan yang seterusnya akan ditukarkan kepada tenaga
✾ Atasinya dengan:
✔ Ubah gaya hidup anda seperti kerap melakukan senaman
✔ Jaga pemakanan anda
✔ Kawal pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula

DEHYDRATION
✾ Keletihan anda mungkin menunjukkan bahawa anda dehydrate
✾ Anda memerlukan air secukupnya tidak kira cara anda bekerja
✾ Dahaga merupakan anda dehydrate
✾ Atasinya dengan: 
✔ Kerap minum air sepanjang hari
✔ Minum sekurang-kurang 2 gelas setiap sejam
✔ Minum 2 gelas atau lebih sebelum dan selepas melakukan aktiviti

PENYAKIT JANTUNG
 ✾ Keletihan merupakan salah satu symptom bahawa anda berkemungkinan mengalami penyakit yang berkaitan dengan jantung
✾ Sekiranya anda tidak lagi mampu melakukan aktiviti harian yang sebelum ini mudah dilakukan, segeralah berjumpa doktor
✾ Atasinya dengan:
✔ Ubah gaya hidup anda
✔ Mengambil ubat-ubatan dan therapeutic procedures boleh mengawal sakit jantung dan mengembalikan tenaga

KERJA MENGIKUT SHIFT
✾ Kerja di waktu malam atau mengikut shift boleh mengganggu waktu anda
✾ Anda berkemungkinan berasa letih apabila anda perlu bangun
✾ Anda juga berkemungkinan mempunyai masalah untuk tidur pada waktu siang
✾ Atasinya dengan:
✔ Apabila anda perlu berehat, had kan pendedahan diri anda kepada cahaya
✔ Jadikan bilik anda gelap, tenang, dan sejuk
✔ Pengambilan supplement boleh membantu anda

ALLERGY TERHADAP MAKANAN
✾ Ia bukan sahaja membuat anda gatal-gatal, malah ia juga boleh menyebabkan anda rasa keletihan
✾ Jika anda rasa letih selepas makan sesuatu makanan, itu bermakna anda mungkin tidak sesuai makan makanan tersebut
✾ Atasinya dengan:
✔ Cuba elakkan makanan tersebut dan observe sekiranya keletihan anda berkurangan



*copy&paste

Saturday 28 March 2015

Bila Tiba-Ungu ( LiRiK )


Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati


Wednesday 18 March 2015

Ilahi Turki ~Ağlama Karanfil






Alhamdulillah... wa thumma alhamdulillah hari ini Allah beri ruang waktu untuk saya 'membuang masa' menulis di sini. Apa yang susah sangat nak update pun tak tahulah. Mungkin ini kembali kepada sikap yang suka nak bertangguh? eh, betul ke? hmm....  Sikap ini 'wajib' dicantas!!!

Entry kali ni saya muatkan nasyid (ilahi) zaman saya dan kawan-kawan semasa bersekolah di Turki dahulu. Serius rindu sangat. Biasanya ilahi ni akan dipasang time rehat hari sabtu ahad sahaja. Terutama waktu makan dan rehat petang... Sambil menjamu makan di yemekhane (dewan makan) kami dijamu dengan ilahi-ilahi turki... Dahla terkurung je kat okul (sekolah), bila ada ilahi takla rasa terperap sangat.. 

Kalau tak silap ilahi ni didedikasikan untuk pejuang-pejuang yang mempertahankan hak bertudung, zaman ni tudung tidak dibenarkan pakai terutama pelajar di universiti dan penjawat awam yang ingin berkhidmat dengan kerajaan. Seingat saya juga guru kami yang mengajar Bahasa Turki kepada pelajar Malaysia - Arife Hoca - asalnya juga merupakan kakitangan kerajaan, akhirnya melepaskan jawatan semata-mata tudung tidak dibenarkan di tempat beliau berkhidmat. 

Hmmm.... Okay, cukup dulu untuk entri kali ni. Jumpa di entri akan datang. 
SENYUM!!!


Wednesday 7 January 2015

Maher Zain - Insya Allah (Versi Melayu)









Allah... Moga terus dikuatkan langkah ini...