Tuesday 13 December 2016

DETIK ISTIMEWA




2 hari berkampung di hutan, berkejar program dan berkejar untuk habiskan target sorang pelajar untuk khatamkan Quran 30 juzuk.







Menyelit nyelit waktu untuk tasmik, terpaksa skip jungle tracking. Alhamdulillah 12/12/16 bersamaan 12 Rabiul Awal 1438, dapat khatamkan seorang pelajar yang bermula dengan saya dari awal dengan hingga tamat.





Balik program petang, terus nak kena bersiap untuk majlis lepas isyak kat sekolah. Tapi baru masuk asrama tengok tengok ada kucing terkurung dan dah poo poo kat atas tilam. Adoi! Memang sengaja kucing ni nak tambah pahala 😅😅😅

Ala kulli hal, majlis berjaya berjalan dengan lancar dalam keadaan yang sedarhana. Alhamdulillah, penangan ESP bateri tenaga bertahan lama. Kalau tak biasanya memang dah pengsan.

Bagi saya ini adalah detik yang sangat istimewa. Dah lama saya nantikan detik ini. Selepas beberapa kali bertukar tempat mengajar, saya sentiasa berharap ada seorang pelajar yang berjaya khatam dari awal hingga akhir dengan saya.

Allah, semoga kami sentiasa istiqamah dengan kitabMu. Berkati kami dengan ilmuMu dan golongkan kami dalam kalangan orang bertaqwa. Amin.


Anis
TAQWA 2016