Tuesday, 13 December 2016

DETIK ISTIMEWA




2 hari berkampung di hutan, berkejar program dan berkejar untuk habiskan target sorang pelajar untuk khatamkan Quran 30 juzuk.







Menyelit nyelit waktu untuk tasmik, terpaksa skip jungle tracking. Alhamdulillah 12/12/16 bersamaan 12 Rabiul Awal 1438, dapat khatamkan seorang pelajar yang bermula dengan saya dari awal dengan hingga tamat.





Balik program petang, terus nak kena bersiap untuk majlis lepas isyak kat sekolah. Tapi baru masuk asrama tengok tengok ada kucing terkurung dan dah poo poo kat atas tilam. Adoi! Memang sengaja kucing ni nak tambah pahala 😅😅😅

Ala kulli hal, majlis berjaya berjalan dengan lancar dalam keadaan yang sedarhana. Alhamdulillah, penangan ESP bateri tenaga bertahan lama. Kalau tak biasanya memang dah pengsan.

Bagi saya ini adalah detik yang sangat istimewa. Dah lama saya nantikan detik ini. Selepas beberapa kali bertukar tempat mengajar, saya sentiasa berharap ada seorang pelajar yang berjaya khatam dari awal hingga akhir dengan saya.

Allah, semoga kami sentiasa istiqamah dengan kitabMu. Berkati kami dengan ilmuMu dan golongkan kami dalam kalangan orang bertaqwa. Amin.


Anis
TAQWA 2016

Wednesday, 9 November 2016

UP DATE UP DATE!!!

Orang kata nak berjaya kena ZERO ALASAN. Nak berjaya WAJIB usaha. Nak berjaya kena contohi hidup hidup orang berjaya. Nak berjaya tak boleh tangguh tangguh buat kerja. Nak berjaya boleh rujuk ciri ciri orang berjaya yang Allah dah bagitahu dalam surah Mu'minun, rujuk 11 ayat pertama, tu lah ciri cirinya. Apa dia?
Ciri ciri orang berjaya yang ada dalam surah Mu'minun: 

1) Orang yang khusyuk dalam solat
2) Orang yang jauhkan diri dan perbuatan dan perkataan yang tak berguna (lagha)
3) Orang yang tunaikan zakat
4) Orang yang memelihara kemaluannya
5) Orang yang memelihara amanah dan janjinya
6) Orang yang memelihara solatnya

Oklah, saya ni tak tahulah apa yang susah sangat nak update blog. Tak susah pun kan. Bila dah lama stop, nak mula balik tak payahnya. 

Eh, try jentik sikit kepala sendiri. Ingat balik kenapa yang dulu sibuk sangat nak ada blog? sampai jem laptop gara gara tak tutup 3 hari 3 malam duduk mengedit macam macam, eksplore itu ini.

Nampak tak? masa takda tercari cari, bila dah dapat macam macam alasan bagi!

Sekarang, nak ke tak nak? kalau betul nak hidupkan blog ni tolonglah, tolong UP DATE!!!