Sunday, 30 September 2018

AKIRA dan CHICIRO



Doakan kesayangan saya cepat sembuh...

Alhamdulillah masih ada selera makan, masih aktif nak bermain



Thursday, 12 April 2018

Krik krik je.....

Lama tak tulis lama tak update...
Huhu... Tepu dah otak ni.
Jari pun jadi kaku.
Asal nak tulis je mula idea takda. Kosong.
Tapi...
Boleh pulak banyak benda boleh bermonolog.
😅

Eh, nak bebel apa sebenarnya ni?
😆

Ya, tengah usaha la ni nak dapatkan ilham dan ayat yang sesuai untuk ditulis dan dikarang.
Awatla payah sangat kan saya ni nak konsisten.

Actually, hari hari ada kisah.
Hari hari ada cerita yang boleh dikongsi.
Menulis ni pun salah satu cara untuk mengatasi rasa stress.

Betul ke?

Ye lah, dari duk pendam benda ntah apa apa.
Kita tukar cara yang lebih positif.
Usaha untuk tulis yang baik baik.

Ok, sambung entry akan datang.
Tengah usaha ni nak sambung menulis.
Adoyai! 😉

posted from Bloggeroid

Thursday, 11 January 2018

AKTIVITI HARI KEDUA

08/01/2018

Pelajar pelajar akan bangun sekitar jam 4 pagi, mandi, kemas katil serta kemas barang peribadi masing masing.

Kemudian bersiap siap untuk qiamullail secara berjemaah pada jam 5:15 pagi. Sekiranya ada waktu terluang, selesai saja qiam, ada antara mereka yang akan mengaji quran, ada yang baca buku. Kiranya, waktu tu pelajar bebas buat aktiviti sendiri. Ikutlah nak basuh kain ka, makan ka....

Haaa.... Kalau nak tau ada jugak yang sambung lena sementara menanti masuk waktu subuh tu. Syok weh kalau dapat lena waktu ni. 10 minit pun rasa macam 1 jam. Hahahaha...

Masuk ja waktu subuh, akan ada pelajar yang bertugas (setiap hari ada pelajar yang bertugas untuk beri kerahan dan arahan - macam pengawas) beri arahan untuk siap sedia ambil wudhu' untuk solat.

Then pelajar akan solat sunat, subuh berjemaah, selesai sola,t baca ma'thurat dan surah al-Waqi'ah bersama sama dalam halaqah.

Kalau ikut rutin harian biasa, selesai saja baca surah al-Waqi'ah pelajar akan bergegas masuk kelas masing masing.

Tapi untuk program suai kenal awal tahun ni, kita mintak buat senaman ringan. Awal awal lagi kita tak presure. Risau jugak karang ada yang menangis tak berlagu. Menangis tu takpa lagi. Yang paling tragis, tak maula benda tu jadi kan... kalau tiba tiba hilang.... Lari sekolah. Ops!











Habis buat senaman ringan, pelajar akan sarapan, buat tugasan kebersihan dan solat dhuha berjemaah. Makan ikut kumpulan talam. Tugasan kebersihan pun ikut kumpulan masing masing. Dan setiap kumpulan akan buat ikut kawasan yang dah ditentukan.

Contohnya hari Isnin kumpulan 1 bersihkan surau, kumpulan 2 bersihkan kawasan dorm, kumpulan 3 bersihkan kawasan halaman. Hari Selasa akan pusing tempat lain pulak. Gitula rutin harian mereka. Orang perempuan kan. Memang nak kena terap supaya peka dengan kebersihan.








Slot selepas dhuha pengisian berkaitan ibadah harian. Semua pelajar terlibat untuk praktik cara ambil wudhu', pergerakan ketika solat, bacaan dalam solat dan pendedahan cara mandi hadas.

Kemudian rehat bermula jam 12:00 tengahari sehingga jam 2:30 petang.

Kebiasaannya pelajar akan qoilullah sebelum masuk waktu zohor. Bangun saja qoilulah , zohor berjemaah kemudian makan temgahari bersama sama.








Pengisian selepas makan tengahari, Slot Kesihatan dan Kecantikan Muslimah. Penyampai untuk slot petang ni kami jemput tetamu dari luar.

Beliau mempunyai Spa yang diuruskan oleh beliau dan team. Pernah kerja sebagai nurse sebelum terlibat dalam bidang kecantikan. Seronok pelajar pelajar ni dengar pasal kecantikan 😍😉

Ok, selesai slot tadi, pelajar bergerak untuk solat asar dan bacaan ma'thurat bejemaah. Kemudian riadhah, mandi dan makan petang.











*******************************************

Slot sebelah malam, kami beri penerangan ringkas hal yang berkaitan pengurusan diri kat asrama. Biasalah kalau duduk asrama. Dah duduk ramai ramai ni perangai pun macam macam peten.

Semua nak kena berdikari lebih. Jaga barang sendiri. Urus diri sendiri. Belajar lipat kain, kemas locker, kemas katil, basuh baju, sidai baju, angkat baju. Pendek kata nak kena ingatkan dan tunjukkan cara nak buat semua tu.

Masa ni lah kadang kadang saya ni rasa dah macam mak mak sangat. Hahahaha.... Lagi lagi kalau yang jenis 'manja' atau sikit sikit menangis teringat kat mak ayah. Memang kena pujuk la jawabnya.

Habis penerangan berkaitan pengurusan diri, kami buat satu modul berkaitan ukhuwah. Modul ni kena tutup mata. Jadi 'buta' sekejap. Hehehe... Seram woooo. Dahla dah malam. Masing masing pakat takut.

Bila semua dah tutup mata (gunakan kain masing-masing), kami pisahkan mereka antara satu sama lain. Masa ni lah ada yang mula menggigil 😅

Selepas semua dah diletakkan secara berjauhan, kami arahkan supaya masing masing cari partner masing masing dan teka siapa partner yang mereka dapat.

Dalam mereka leka, kami 'culik' 2 orang pelajar. Konon konon nak buat gimikla. Lepas semua dah dapat partner, dapat teka betul, bolehla bukak kain penutup mata tu. Ada jugak yang tak dapat nak agak. Hahaha.... Dok gelak tak habis sebab salah teka.

Habis ja waktu untuk meneka partner, semua pelajar duduk dalam kumpulan masing masing. Masa ni lah 2 kumpulan tiba tiba kalut, ahli tak cukup. Walaupun nampak trick ni macam dah basi, kami sajalah nak tengok sejauh mana ahli kumpulan peka.

Riuhla jugak sekejap suasana tu. Berlari kejap ke surau, check setiap toilet. Masuk asrama tengok bawah katil. Semua pelusuk depa check. Huhuhuhu....

Last sekali ada yang berani gi tengok kat dalam kereta yang memang sengaja di parking di hadapan sekolah (luar pagar). Hah! Jumpa. Pakat gelak semua

A'la kulli hal, Alhamdulillah modul yang kami rancang dapat berjalan dengan lancar. Selesai kami beri sedikit ulasan ringkas berkaitan modul yang dibuat, pelajar dibenarkan bersurai untuk rehat dan tidur.



























Anis
Tahfiz al-Quran Ummu Waraqah lil-Banat (TAQWA)
Bukit Kapar, Kapar,
Selangor


Monday, 8 January 2018

SUAI KENAL, TAARUF, KENALAN BARU BLA BLA BLA BLA....

07/01/2018

Ok, siang tadi selesai saja pendaftaran pelajar baru, seperti biasa akan ada taklimat yang akan disampaikan dari pihak pentadbiran.

Taklimat disampaikan sendiri oleh Ustaz Izzat b. Mohamad Ropi, iaitu selaku pengerusi sekolah Tahfiz al-Quran Ummu Waraqah lil-Banat (TAQWA) dan Tahfiz Zaid bin Thabit (TZ).

Lupa pulak nak bagitahu, saya hanya berkhidmat dan mengajar di Tahfiz perempuan (TAQWA) sahaja. Apa yang saya akan berkongsi cerita kebanyakannya lebih kepada aktiviti yang dijalankan di TAQWA.

Ada jugak aktiviti atau program yang kami bergabung tenaga antaranya seperti program usrah bulanan, majlis hari raya dan beberapa majlis lai

Macam hari pendaftaran ni pun, termasuk pendaftaran pelajar lelaki. Memandangkan bilangan kemasukan pelajar perempuan lebih dari bilangan pelajar lelaki, memang nampak pelajar perempuan lebih mendominasi suasana.

Selesai sesi taklimat, pelajar baru dibenarkan untuk keluar (outing) dan pulang semula ke asrama selepas asar.

Bermula selepas maghrib bahagian pentadbiran sudah aturkan program suai kenal antara pelajar lama dan baru.

Huhu.... Bila pelajar makin bertambah, makin bertambah tanggungjawab dan amanah. Mohon doakan kami warga pendidik kuat semangat dan diberi kekuatan untuk sebarkan apa sahaja kebaikan kepada para pelajar kami.

Harapan kami, semoga mereka lebih cemerlang dan terbilang pada satu masa nanti.



















Anis
Tahfiz al-Quran Ummu Waraqah lil-Banat (TAQWA)
Bukit Kapar, Kapar,
Selangor
posted from Bloggeroid

Sunday, 7 January 2018

KEDATANGAN PELAJAR BARU

Nampaknya saya tak dapat lagi nak sambung cerita permusafiran saya ke Turki 😅

Kita skip dulu la ya. Awal tahun ni biasala... Masing masing sibuk urus daftar anak masuk sekolah. Urus emosi anak yang buat ragam tak mau pi sekolah... Hehehe

Post kalini saya nak share suasana pendaftaran pelajar baru untuk sesi 2018, bukan kisah anak saya ya, tapi pendaftaran tempat saya berkhidmat.

Ohya, rasanya memang saya tak pernah lagi share kat mana tempat saya berkhidmat.

Alhamdulillah, masuk tahun ni, merupakan tahun ke 5 saya di sini.

Kat mana tu?

Saya di Bukit Kapar. Nama sekolah ni Tahfiz al-Quran Ummu Waraqah, yang menghampiri usia ke 6 tahun penubuhannya dari bulan Mei 2012.

Buat masa ni tak dapat lagi nak cerita panjang. Sebab ada program pelajar yang perlu saya pantau. Jadi kita cerita lain kali pulak ya.

Kat bawah ni saya belanja beberapa keping gambar yang sangat harmoni suasananya. Hehe...


































Anis
Tahfiz al-Quran Ummu Waraqah lil-Banat (TAQWA)
Bukit Kapar, Kapar,
Selangor
posted from Bloggeroid