Saturday, 30 June 2012

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

 Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Thursday, 28 June 2012

APA ITU BAHAGIA?


INILAH MAKNA BAHAGIA… Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.

•Bahagia itu relatif?

Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.

Apakah erti bahagia?

Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya. Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak wujud dalam realiti dan kenyataan.

• Sumber dalaman atau luaran?

Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)? Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka. Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?

• Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.

Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah: “Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk. Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar. Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali. John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.

• Bukti hilangnya bahagia.

Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang … Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.

• Ujian hidup punca hilang bahagia?

Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak! Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji. Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

• Metafora air limau dan luka di tangan

Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur. Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang. Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

• Inilah erti bahagia

Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28. Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda: ” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim) Rasulullah S.A.W bersabda lagi: ” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “ Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada. Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mazmumah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.



KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH:

1. Beriman dan beramal salih.

“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97) Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. Banyak mengingat Allah .

Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah: “Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)

3. Bersandar kepada Allah.

Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman: “Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.

Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati. Firman-Nya: “Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.

Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)

6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.

Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda: “Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.

Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. Firman Allah: “Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9) ZIKRULLAH YANG MEMBAWA BAHAGIA Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi ketenangan buat hati. Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar. Tetapi kenapa ada orang yang berzikir tetapi hati tidak ataupun belum tenang? (Untuk mendapat jawapannya, tolong rujuk kembali entri dalam blog ini dalam tajuk: Mencari Ketenangan Hati) Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Ingatlah, untuk menjaga kebersihan hati, (selalin berzikir) kita perlu menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Jadi berhati-hatilah menjaga hati kerana ia adalah punca ketenangan dan kebahagiaan diri! Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain. Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa agar Allah SWT mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat dengan-Nya. Itulah beberapa hal yang mungkin dapat kita jadikan landasan untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti. Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat hidup bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yang berpegang teguh dengan agama.

Tuesday, 26 June 2012

PERCAYA HIKMAH


Hujung minggu lepas saya sengaja memilih untuk pulang ke rumah menggunakan komuter. Dari stesen Kuala Kubu Baru sampai ke stesen Bank Negara makan masa selama 1 jam. Saya perlu turun ke stesen tersebut untuk pertukaran LRT Star menuju ke destinasi terakhir saya iaitu stesen Ampang.

Allah! macam mana boleh tak perasan saya dah sampai di Bank Negara. Bila komuter dah tutup pintu baru saya sedar saya dah terlepas. Jadi saya perlu turun di stesen berikutnya di stesen Kuala Lumpur untuk berpatah semula ke stesen Bank Negara. Sekian lama saya tak naik turun kenderaan awam di Malaysia memang terasa sangat kekok dan janggal.

Setibanya di stesen Kuala Lumpur, saya dah pening. Alamak, mana satu pulak tren yang boleh saya naik ni... itulah yang terdetik dalam hati saya. Saya pun mencari map untuk mengetahui lebih lanjut perjalanan seterusnya. Alhamdulillah...nasib baik ada. Saya perlu berada di platform 2. Saya pun duduk di tempat yang disediakan. Disebelah saya ada seorang pakcik berbangsa Cina. 'Awak mahu pergi mana?' pakcik tu tanya saya. 'Saya nak patah balik ke Bank Negara' dalam masa yang sama kebetulan ada komuter sampai dan berhenti jauh dari tempat saya duduk. Dalam hati saya, kenapa pulak jauh sangat komuter ni stop...aduhai.. Rupanya memang ada 2 tempat komuter ni akan stop, satu ke Batu Caves dan satu lagi ke Rawang. Adui..terlepas lagi saya kali ni. Nak tunggu komuter ni sampai dah lah lama. Pakcik cina tu pun bagitahu dekat saya, 'eh, awak boleh naik komuter tu, sebab awak nak ke Bank Negara je'. 'Takpelah pakcik, saya tunggu jelah komuter yang lain'. Dalam hati saya berbisik, 'kalau saya tahu boleh sampai Bank Negara memang saya duduk awal-awal di perantaraan dua komuter yang akan berhenti, tapi tak pelah, mungkin ada hikmahnya..sabar je lah sikit walaupun saya sebenarnya dah penat sangat. Maklumlah dah lama saya tak ke sana ke mari menggunakan kenderaan awam.

Dalam tempoh menunggu, di platform 1 juga ramai orang yang sedang menunggu komuter. Tak lama kemudian sampai komuter yang baru di platform tersebut (yang ada 6 koc). Teruja sekejap saya tengok komuter yang baru ni, cantik, panjang sikit dari yang lama..bestnya kalau dapat naik komuter yang baru, bisik hati saya. Selang beberapa minit komuter di platform saya pun sampai. Allah! komuter baru la... Rasa macam tak percaya. Berbaloi 30 minit saya menunggu. Dapat juga rasa nak naik komuter baru walaupun sekejap. Dah lama teringin nak naik...

Setiba saya di stesen Bank Negara, saya terus bergegas untuk ke stesen LRT Star. Saya perlu melalui jejantas yang telah disediakan. Di pertengahan jalan saya nampak kelibat seseorang saya kenali... Allah, Allah... saya terkejut lagi. Teman yang sekian lama saya tidak dengar khabarnya, Baru 2 hari sebelum tu saya bersembang dengan rakan yang lain bertanya tentang dia. Memang tak sangka, saya memang selalu bertanyakan tentang dia kepada beberapa rakan lain setelah hampir 7 tahun tidak bertemu. Pertemuan sesingkat itu hanya sempat bertanya khabar dan dia akan flight ke Sabah jam 3 petang kurang lagi 2 jam sahaja dari waktu kami bertemu.

Ya Allah.. Mungkin inilah yang dikatakan Hikmah Sabar. Mula-mula sekali saya terlajak satu stesen, kemudian saya terlepas satu tren dan Allah kabulkan hajat saya untuk naik tren yang baru, lepas tu terjumpa dengan teman yang dah lama saya tercari-cari..(best student yang sangat low-profile).

Alhamdulillah...walaupun penat tapi saya puas. Hakikat kehidupan, mungkin boleh kita katakan ianya satu kebetulan tapi kebetulan itu juga takkan terjadi tanpa aturan dari Dia, Sang Pencipta Yang Maha Agung. Sepanjang perjalanan, saya terus bermuhasabah, mungkin kalau saya tiba lebih awal di stesen Bank Negara tanpa terlajak sehingga ke stesen berikutnya, kemudian perlu menunggu selama 30 minit, saya mungkin tak dapat terserempak dengan teman lama saya.

Inilah yang dikatakan sebaik-baik perancang datang daripada Allah. Terubat rindu walaupun dapat bersua hanya seketika... Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau lebih mengetahui segala-galanya....

mode: rindu ikatan UKHUWAH bersama kalian!!!

Friday, 22 June 2012

KAMI DI ISTANBUL (1)

Untuk entry kali ni saya nak share pengalaman saya belajar di Turki. Saya ke sana pada tahun 1995, merupakan group ke-2 selepas 5 orang kakak senior yang telah berlepas pada tahun sebelumnya (1994). Sekolah kami betul-betul area tengah bandar di Istanbul.


Gambar bangunan 7 tingkat inilah sekolah kami. 3 tingkat dari atas iaitu tingkat 5, 6 dan 7 merupakan asrama kami. Manakala kelas pula dimuatkan di tingkat 2, 3 dan 4. Tingkat 1 kawasan pejabat guru-guru, kantin dan bilik sakit. Aras bawah sekali pejabat-pejabat untuk urusan luar dan bilik tetamu. Dewan makan dan ruang solat pula berada di aras bawah tanah. Sekolah ni juga lengkap dengan padang untuk pelajar beriadhah yang terletak di bahagian belakang bangunan sekolah.

Sekolah ni khas untuk pelajar perempuan sahaja. Hanya kami group minoriti pelajar asing seramai 15 orang pelajar Malaysia.

Group saya pula seramai 10 orang dari 3 buah sekolah yang berbeza. Alhamdulilah walaupun pada mulanya kami memang saling tidak mengenali, tapi akhirnya kami seperti adik beradik yang saling memerlukan. Gaduh-gaduh sikit tu biasalahkan..hihi...


Gambar ni masa saya dan kawan-kawan dalam kelas kelancaran Quran. Memang masa tu saya sendiri tak dapat bayangkan Turki tu jauh.

Cikgu yang mengajar kami ni namanya Muzeyyen. Cikgu ni garang sangat masa mula-mula kami kenal dia. Kalau dalam kelas Quran, kami baca salah sikit muka dah merah padam nak marah. Memang kecut perut, jantung pun macam nak jatuh. Dahlah masa mula-mula tu kami sendiri tak faham dia nak ajar apa. Mana taknya, kita cakap melayu dia cakap bahasa Turki..nak speaking arab or english dia tak reti..


Gambar yang ketiga ni pulak gambar masa kami dalam kelas hafazan Quran @ 'HAFIZLIK SINIFI'. Really, saya sangat-sangat rindukan suasana ni. Adakalanya kami mengambil kesempatan untuk tidur akibat keletihan bila cikgu keluar dari kelas. Mana tak letih...dari pagi lepas subuh dah kena masuk kelas, nanti lepas isyak baru boleh naik tidur. Masa rehat tu memang ada, tapi time makan dan solat je lah. Jadi bila ada yang nak tidur, wajib kena ada sorang jadi jaga atau 'pemerhati pintu'... hihi... Karang kalau tetiba cikgu datang sempatlah kejut kawan-kawan yang tidur... (sori yer cikgu, kami buat nakal belakang cikgu..)

~bersambung di entry akan datang.....

Saya Boleh!!!


Alhamdulillah...masih diberi nikmat utk menikmati kehidupan sehingga hari ini... Act, dah lama sangat tak bukak blog ni, nak dekat 2 tahun saya tak jenguk langsung, igt dah tak boleh nk update apa-apa..rupa-rupanya masih bernyawa..huhu...sampai kekok tak tahu dah mcm mana nak edit dan nak guna segala application yg saya sendiri letak..

Hmm.. untuk permulaan ni saya sendiri tak tahu nak tulis tentang apa. Saya sendiri taklah pandai sangat nak menulis atau buat apa-apa artikel. Baru nak berjinak-jinak untuk menulis walaupun hakikatnya saya sangat suka menulis 'diary' satu ketika dulu...

Allah,Allah.. cepatnya masa berlalu.. masuk hari ni dah dekat 4 bulan saya di Malaysia. Okay, saya nak share 1 cerita. Kelmarin (Rabu 20/6/2012) adalah antara hari yang paling bermakna buat saya.. sebabnya, hihi.. saya dah lulus test kereta dgn JPJ. Lepas ni dah boleh drive.. Ceh! berangan je kot nak drive sorang-sorang.. masa test hari tu pun takut..huhu..

Saya sangat berterima kasih buat cikgu-cikgu bertiga yang telah melatih saya. 'Jasa kalian akan ku kenang sampai bila-bila'.. Mana tidaknya, kelas pertama masa mula-mula nak belajar kereta, saya dah tanya cikgu, "cikgu, boleh ke saya lulus masa test nanti. Saya memang tak pandai langsung drive ni. Saya takut.." cikgu jawab: "mestilah boleh..kalau orang lain boleh awak mesti boleh". thanks cikgu bagi semangat! Sesungguhnya kekuatan ini juga tidak akan datang melainkan daripada-Mu.. Terima Kasih Allah kerana memberikan kekuatan ini.

Sehari sebelum test saya dah tak boleh duduk diam, macam nak demam semua ada. Saya memang tak berani sebenarnya nak ambil lesen tapi saya paksakan diri untuk kemudahan masa akan datang. Nak drive kereta tanpa lesen mgkin boleh tapi jangan haraplah sebab abah takkan benarkan sampai bila-bila...hihi.. Mana taknya, dari lepas SPM umi dah cadangkan untuk dapatkan lesen tapi saya tak nak sbb saya takut. Lepas tu masa cuti semester pun sama, umi tanya lagi, tak nak ambil lesen? dan akhirnya...saya berani jugak mengawal ketakutan saya yang ada. Ini semua hasil dari booster dalam diri saya. Takkan nak berharap adik-adik je untuk hantar saya ke mana-mana. Nak keluar rumah sorang-sorang untuk dapatkan bas saya dah tak berani bersendirian. Jauh jugak tu nak kena jalan. Kalau dekat tempat awam saya tak kisah sangat, ramai orang. Jadi, berbekalkan booster yang ada saya push diri yang saya boleh.

"keberanian yang sebenar apabila kita mampu melawan ketakutan yang ada serta mencabar kemampuan diri".

Okaylah..ada masa saya sambung lagi..