Tuesday, 2 April 2013

TEMAN & TERAPI SAYA


Ini kisah kucing saya. mereka juga merangkap adik2 saya,teman akrab saya sejak dari kecik...



yang ini namanya Chumiey, adik saya bawa balik terjumpa merayau2 di highway...kurang pasti pulak highway mana tp yang penting kutip tepi jalan.

mana mungkin saya lupa, kucing antara teman tidur saya sejak kecil.



yang seekor lagi namanya Comel. macam dah takda nama lain. asyik ulang nama yang sama je. Ntah dah berapa si 'Comel' yang kami bela.

kucing-kucing ini silih berganti, macam kata pepatah melayu, 'patah tumbuh hilang berganti'.
2 ekor kucing ni masing2 lain mak bapak tp memang sangat akrab.
Si comel ni pun kutip jugak. Sepupu saya bawak balik dari masjid, mengacau orang tengah solat...

dia ni memang tak kisah kat mana2 pun boleh tidur si comel ni.... geram sangat hehehe =)

hehe... depa ni macam manusia jugak, kalu tidur macam2 posing...

tengoklah si comel ni... asal boleh je...
kesian...nak keluar takut kena kejar dengan ibu kucing kat luar...intai aje lah kat ting...

Apa pun saya memang sukakan binatang peliharaan. Rasa sunyi kalau takda binatang. Tambahan adik2 saya pun suka 'membela' binatang...

Antaranya....
 opet.... kelahiran baru 'sugar glider'


yang ini saya kurang mesra berbanding hamster tp saya tetap suka...

hamster dan anak2nya ~satu waktu dahulu

ok lah... lain kali kita cerita lagi.

KAMI DI ISTANBUL (6)

Assalamualaikum.... ('',)

Nak cerita apa lagi ye tentang kami di Istanbul?

gambar ni masa kami dan semua pelajar mengikuti program sekolah. budak2 Turki lain masing2 dah buat aktiviti masing2 mengikut kelas. Piknik dekat hutan...seronok sangat.. masa ni baru nak masuk musim panas. Cuaca masih lagi rasa dingin dan sejuk. Budak Turki yang ada di tepi kanan bersama kami tu namanya Kadriye.. yg tengah2 tu Cikgu Muzeyyen...guru kesayangan kami dunia akhirat =).

Pelajar Malaysia masa ni 15 orang, batch pertama dan kedua.. kira masa ni saya pun masih belum setahun lagi di sana.


gambar ni pulak masa cuti raya haji. tengoklah orang Turki yang bersama dengan kami, tu guru dari sekolah lain. Kebiasaannya bila cuti raya kami yang tak dapat pulang bercuti akan berkumpul di sekolah lain tapi masih berada di dalam satu cawangan yang sama dengan sekolah kami. Cikgu kesayangan kami balik kampung...huhu sedih kena tinggal =( tapi mereka tetap sangat baik hati dan melayan kami dengan baik..


gambar atas feri nak menuju ke kebun epal... nama tempat yang kami nak pergi tu Yalova... first time naik feri mabuk jugak mula2 tapi seronok tengok laut.. maklumlah nama pun first time, teruja lebih sikit...lagi2 bila nampak obor2 =)


Gambar kenangan dengan pokok epal.. memang seronok waktu ni. muka pun dah ada yang kepenatan, yang pergi waktu ni kami pelajar Malaysia sahaja. Cikgu bawak kami jalan2. Yelah, bukan senang nak keluar. Waktu cuti pun kami tak balik, dapat keluar dari sekolah pergi jalan2 memang satu nikmat yang amat sangat. Yang bestnya...kawan2 saya sampai panjat2 pokok epal ni. Epal hijau pun tak masam. Saya memang kurang makan epal, just tolong kutip jelah sebanyak mana yang boleh untuk bawak balik sekolah. 

Masa ni jugak ada dikalangan batch saya (batch ke-2) dah balik Malaysia. dah khatam awal baliklah kan? kan? batch yang pertama pun semua dah balik Malaysia. Inilah baki2 kami yang ada.

Hmm..perjalanan kami berapa lama dari sekolah ke Yalova ni saya dah tak ingat. Yang saya ingat kami bertolak pagi dan balik sekolah dah nak malam..huhu... Sayangnya...banyak kenangan yang saya dah lupa. gambar pun saya tak banyak simpan...

Okay, cukup dulu untuk kali ni. entry terakhir tentang kami di Istanbul insya-Allah ada masa lagi saya sambung yer.. =) babai~





Monday, 1 April 2013

KAMI DI ISTANBUL (5)

Salam ceria =)

Entry kali ini adalah sambungan dari entry 'Kami di Istanbul (4)'. Kalau sebelum ni saya ada post beberapa gambar yang berkaitan dengan rekod hafalan dan gambar suasana kami di dalam kelas. Kali ni saya akan tunjukkan sekitar gambar majlis khatam. Dah jadi adat, setiap tahun memang akan diadakan majlis khatam bagi pelajar2 yang telah khatam sahaja..kenapa saya gunakan ayat bagi pelajar yang telah khatam sahaja? sebab ada jugak sebahagian pusat tahfiz yang memberi kelonggaran bagi pelajar yang masih belum khatam untuk mengambil bahagian dalam majlis seumpama ini dengan syarat2 tertentu atau mungkin individu tersebut dah nak khatam, ada lagi sikit sahaja yg perlu dihabiskan tapi tak sempat atau pun dah masukkan nama utk menyertai tp tak dapat jugak khatam.. biarlah,apa pun sebabnya, tidaklah penting. yang penting majlis kami di sana......hehe =)


gambar ni adalah sebahagian daripada peristiwa majlis. Kira dah tengah2 majlis la.. sebelum kami naik ke atas pentas ni, kami semua termasuk rakan2 dari Turki akan berbaris dan berjalan dengan diiringi bacaan doa dan kami akan mengaminkan termasuk tetamu yang hadir juga akan mengaminkan doa tersebut. Bila dah naik pentas, cikgu/mc majlis akan berucap itu ini, macam biasalah majlis memang akan ada ucapan... lepas pada tu bila tiba giliran kami, setiap seorang akan memperkenalkan diri, asal dari mana dan beritahu tempoh tamat hafalan. Rata2 kebanyakan pelajar dapat tamatkan dalam tempoh setahun ke setahun setengah. Mana2 pelajar yang dapat tamatkan hafalan dalam tempoh 6 bulan dan kurang daripada itu akan dapat anugerah khas. Batch kami ada seorang pelajar Turki.. Budak ni memang Allah bagi anugerah yang istimewa. Sekejap je boleh dapat hafalan. Dia pun memang sangat relax dan baik hati... namanya Emine.


Ini pulak gambar lepas dah habis majlis..huhu..alamak! ada orang conteng gambarlah, hmm..siapalah yg conteng gambar tu kan? =) kalau tak silap, tak semua ada dalam gambar ni.. gambar kenang-kenangan.. kadang2 rasa macam tak percaya pun ada. Kisah ini sebenarnya sudah berlalu lebih 10 tahun yg lalu... Masih ingatkah mereka kepada kami yang hanya menumpang kasih? =)

Tema warna baju untuk kali ini hijau. Sebenarnya bukan hijau ini yang kami pilih tapi tak tahu macam mana boleh dapat warna ni. Setiap tahun punya warna tema yang berbeza. Ada warna peach, oren.. semuanya bergantung atas perbincangan dan pilihan guru pada tahun tersebut.. Ceria ke warna ni? huhu =)

Eh, kenapa ada yang pakai sarung tangan? kalau tak silap gambar yang kedua ni majlis pada waktu malam dengan semua pelajar. Malam tu kami yang diraikan akan memamai inai. Sebab tu ada pakai sarung tangan...
Majlis bersama ibu bapa, pelajar2 lain tidak dibenarkan berada di dewan.

Allah...rindunya dengan mereka...
Semoga Allah pelihara mereka yg baik2 ini.
Semoga Allah pertemukan kami dengan mereka buat kali yg kedua terutama guru2 kami yang banyak membimbing kami.

Salam Rindu Buat GURU2 dan TEMAN2...

KAMI DI ISTANBUL (4)

Assalamualaikum... ('',)
salam ceria dan positif selalu...

Untuk entry kali ni, saya nak sambung cerita tentang kami di Istanbul (samb. dari entry sblum ini). Lamanya nak tunggu boleh sambung cerita huhuhu.....

 
Seperti yg pernah saya sebutkan pada entry sebelum ini, saya akan post rekod hafalan harian kami di sana. Inilah dia...cuma yg ini rekod ulangan selepas saya dah khatam. Setiap kali lepas tasmik memang wajib ambil t.tgn guru yg tasmik, tarikh dan juzuk yg kita tasmik. Kalau tak dapat tasmik mesti bersebab. Contohnya macam rekod di atas ni... ada tulis sakit, Docter, revir-revir-revir.. maknanya masa tu saya tak sihatlaa... REVIR bahasa turki masudnya bilik sakit. Kalau tak tasmik sebab tak lancar atau memang tak habis lagi 'ders'.. jawabnya akan di tanda dengan pen warna hijau dengan tanda ini (-)... tapi ada sesetengah cikgu tak tanda pun dengan pen hijau contohnya macam rekod hafalan saya di bawah ni...






Kami memang duduk dalam kelas sepenuh masa kecuali malam habis kelas waktu tidur sampaila bangun subuh esok. Tumpuan pun 90% untuk quran, selebihnya solat, makan, riadhah petang sikit... cuti panjang pun bila cuti hari raya.


maaflah, gambar kabur...hihihi... tapi inilah gambaran kami di dalam kelas hafalan. Kalau tak silap ini masa musim panas. Seperti yang tercacat tarikh pada gambar 2/7/96... bulan Julai dah nak masuk musim panas. tu yang boleh bukak tingkap. Cuaca masa ni memang best sebab angin kuat. panas pun tak panas sangat macam malaysia. Pelajar yang tinggal waktu ni hanya pelajar HAFIZLIK sahaja sampailah persekolahan sesi baru yang akan buka sekitar akhir September atau awal Oktober.

Musim panas rata2 di negara yang mempunyai 4 musim, sesi persekolahan akan bermula pada bulan Oktober dan berakhir bulan Jun (bergantung atas sekolah) dan mereka kan bercuti pada musim panas. Sebab ada sesetengah negara, bila panas memang panas malah lebih panas dari Malaysia tapi panas kering. Tak mandi tiap2 hari pun tak berbau. Berbeza di Malaysia, bila panas akan cepat berpeluh dan rasa melekit. Kalau tak mandi memang sangat tak selesa. Tapi apa pun kembali kepada individu jugak.. Sepanjang saya dan rakan2 berada di sana, musim panas pun mandi seminggu sekali atau dua kali. Memang tak sempatla kalau nak buat rajin mandi tiap2 hari pagi dan petang. Itu pun ada jugak kami terpaksa curi2 masa mandi disebabkan 'kenakalan' kami pada waktu itu... maklumlah, kecik lagi =)

inilah wajah2 rakan Turki kami yang sangat sporting dan murah hati

antara gambar kenangan di musim sejuk yg bersalji...


hmmm... rasanya cukup dulu setakat ini. Insya-Allah saya akan sambung lagi kisah kami di Istanbul pada entry akan datang. babai~ =)


BERJALAN TANPA HENTI

Teruskan usahamu... jangan berpaling lagi. Yang baik jadikan pedoman, yang buruk jadikan pengajaran. Jangan berhenti berharap kepada-Nya.
 
 



LAMBAIAN KAABAH

Memang dah lama sangat2 tidak menulis. idea ada tapi tak rajin pulak nak update. macam2 cerita boleh tulis sebab setiap hari sememangnya ada peristiwa dan kisah yang tersendiri.

3 minggu lepas saya, adik saya yg ke-2 dan 2 orang makcik saya menghantar umi dan abah ke KLIA. Rezeki umi dan abah untuk menunaikan umrah akhirnya dimakbulkan pada tahun ini. Adik2 saya lagi 3 orang tak dapat nak hantar, masing2 kerja dan yang bongsu di UTEM, Melaka.



Kami doakan umi dan abah selamat pergi dan selamat pulang kembali.. Semoga umi dan abah juga
dipelihara kesihatan dan dipermudahkan segala urusan dalam beribadat dan segala gerak kerja di sana lancar.

13 Mac- 5 April 2013